sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Monday, 22 August 2016

Tuduh MO1 Agong : Ahli Parlimen Umno Langkawi Mohon Ampun Terhadap Agong





Dakwa Agong MO1: MP Langkawi mohon sejuta keampunan

Anggota Parimen Langkawi, Datuk Nawawi Ahmad hari ini memohon ampun daripada Yang di-Pertuan Agong berhubung kekeliruan dengan istilah ‘Malaysian Official 1' atau ‘MO1" di lama siosial minggu lalu.

Katanya, beliau tidak berniat untuk mengaitkan Seri Paduka tetapi ia menjadi viral oleh pihak tertentu dengan fahaman yang lain daripada apa yang cuba dinyatakannya,

“Patik sebagai rakyat bawahan Kedah dan Malaysia, menjunjung kasih ke bawah Duli Tuanku dengan ketinggian ketaatan yang tiada tolok bandingnya, dan amat menyesal dengan apa yang berlaku.

“DYMM Tuanku adalah suci dan bersih dari segala hal pergolakan politik rakyat jelata dan tidak ada secebis zarah pun kaitan dengan isu DOJ (Jabatan Keadilan, Amerika Syarikat) dan 1MDB.

“Oleh itu, patik dengan rasa rendah diri dan penuh tanggungjawab memohon sejuta keampunan dari Tuanku sekiranyaperkara yang menjadi viral ini menyentuh dan mengguris hati kecil di sanubari Tuanku,” katanya dalam satu kenyataan.


Dalam tulisan di Facebook minggu lalu, yang disunting empat jam kemudian, ahli parlimen Langkawi itu, berkata, berdasarkan Perlembagaan Persekutuan, Yang di-Pertuan Agong bertanggungjawab terhadap kerajaan.

Thursday, 18 August 2016

Video Pendedahan : 1MDB Jual Tanah Di Kuala Ketil Kepada Syarikat China ??





TANAH DI KUALA KETIL DIJUAL KEPADA SYARIKAT DARI CHINA, DAKWA MUKHRIZ

Bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir mempersoalkan status pemilikan tanah di Kuala Ketil setelah semua aset serta anak syarikat EDRA dijual kepada sebuah syarikat dari China.

Mukhriz berkata demikian dalam sidang media di persidangan DUN Kedah, semalam.

Video Pendedahan : Najib Minta Cari Tanah Di Kedah Untuk Projek 1MDB & Syarikat Amerika


Najib minta cari tanah untuk projek usahasama dengan Obama, kata Mukhriz

Bekas Menteri Besar Kedah yang juga ADUN Ayer Hitam, Datuk Seri Mukhriz Mahathir mendakwa pada 11 April 2014, 1MDB dan Dusable, firma tenaga yang diketuai oleh Frank White Jr, penasihat kepada Presiden Amerika Syarikat telah memeterai perjanjian usahasama untuk pembangunan projek tenaga solar sebanyak 50MW di Malaysia.

Beliau berkata demikian dalam sidang media di persidangan DUN Kedah, semalam.

Jelas Mukhriz, 1MDB memiliki kepentingan sebanyak 51 peratus di dalam perjanjian usahasama tersebut manakala Dana Ekuiti Persendirian Yurus yang diuruskan Dusable memiliki 49 peratus.

Ahli Parlimen Umno Langkawi Dakwa Agong MO1, Kenyataan Biadap Dan Kurang Ajar


Dakwa Agong MO1 memang tak bertanggungjawab

SHAH ALAM – Tindakan Ahli Parlimen Langkawi, Datuk Ir Nawawi Ahmad mendakwa Malaysian Official 1 (MO1) yang disebut oleh Jabatan Keadilan Amerika Syarikat (DOJ) sebelum ini adalah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong merupakan satu kenyataan sangat tidak bertanggungjawab.

Adun Ayer Hitam, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir berkata, pihaknya bersama Adun Kedah yang mewakili pembangkang berasa amat terkejut dengan dakwaan melalui laman Facebook Nawawi dan ia tidak sewajarnya diungkap oleh seorang ahli Parlimen dari negeri itu.

“Beliau (Nawawi) telah membuat kesimpulan ini kononnya setelah mentafsir Perlembagaan Persekutuan.

“Ini adalah satu dakwaan yang sangat tidak bertanggungjawab dan tidak sepatutnya diungkap oleh seorang anak Kedah bergelar ‘Yang Berhormat Ahli Parlimen’,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Tuesday, 16 August 2016

Video Panas : Menteri Umno Halau Ahli Keluar Parti Jika Terus Sokong Mukhriz ??


‪#‎Video‬ Komen Dato' Seri Hj Mukhriz Tun Mahathir membidas kenyataan yang dibuat oleh Johari Baharum (Ketua UMNO Bahagian Kubang Pasu) tempohari yang menunjukkan sikap sombong kepimpinan UMNO.

Oleh sebab pemimpin UMNO sudah begitu bongkak & sombong hingga membuat kenyataan sebegitu, Dato' Seri Hj Mukhriz meminta semua ahli-ahli UMNO yang menolak kemungkaran Najib supaya keluar dari UMNO bagi menyahut cabaran yang dibuat Johari Baharum.

‪#‎Bersatu‬ ‪#‎BeraniKeranaBenar‬

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...