sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Wednesday 25 January 2012

GEMPAR!!! KEPALA HANCUR TERKENA LETUPAN MERCUN!!!


Kepala hancur kena letupan mercun


2012/01/25

AHLI keluarga Shaow Yong (terbaring) duduk di sisi mayatnya di Taman Seputeh, Luyang, Kota Kinabalu, semalam.
AHLI keluarga Shaow Yong (terbaring) duduk di sisi mayatnya di Taman Seputeh, Luyang, Kota Kinabalu, semalam.
KOTA KINABALU: Kegembiraan meraikan Tahun Baru Cina pertama sebagai suami bertukar tragedi bagi apabila terbunuh selepas kepalanya hancur akibat letupan mercun terkena mukanya di Taman Seputeh, Luyang di sini, tengah malam kelmarin.

By Shaow Yong, 26, yang berkahwin bulan lalu, mati di tempat kejadian akibat kecederaan parah di muka ketika membakar mercun di luar rumah keluarganya itu, kira-kira jam 12.30 tengah malam.
Sebelum kejadian itu, mangsa yang bekerja sendiri dikatakan menikmati makan malam tradisi bersama isteri dan ahli keluarga lain bagi meraikan kedatangan Tahun Baru Cina.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Ahmad Sofi Zakaria, berkata Shaow Yong kemudian keluar membakar mercun seorang diri di luar rumah.

“Apabila mercun yang dibakarnya tidak memberi tindak balas, mangsa dipercayai memeriksa dari dekat. Bagaimanapun, mercun itu tiba-tiba meletup tepat ke mukanya.

“Keluarga mangsa yang terkejut mendengar bunyi kuat bergegas keluar rumah dan menemui Shaow Yong dalam keadaan tidak bernyawa dengan separuh daripada kepalanya hancur,” katanya ketika ditemui semalam.

Beliau berkata, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut, manakala mayat mangsa dihantar ke Hospital Queen Elizabeth (QEH) untuk bedah siasat. 
Ahmad Sofi menegaskan, pemilikan mercun dan bunga api adalah menyalahi undang-undang mengikut Akta Bahan Letupan 1957.

Dalam kejadian berasingan di Sitiawan, Perak, juga tengah malam kelmarin, tiga lelaki parah apabila sekotak mercun yang diletakkan di jalan baru berturap tiba-tiba meletup ketika mereka menyambut detik 12 tengah malam sambutan Tahun Baru Cina di hadapan sebuah Tokong Cina di Jalan Pantai.

Kejadian itu juga mengakibatkan seorang mangsa, Sim Kit Chong, 34, cedera serius di kepala dan terpaksa dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh bagi menjalani pembedahan untuk mengeluarkan serpihan mercun pada muka serta kepalanya.

Seorang lagi mangsa iaitu bendahari tokong berkenaan, Goh Meng San, 65, yang cedera di muka, tangan kanan dan menerima rawatan di Hospital Seri Manjung, manakala mangsa ketiga berusia 30-an yang tidak dikenali dan hanya cedera di kaki dan menerima rawatan pesakit luar di hospital sama. 

Sumber polis berkata, kawasan tokong itu menjadi antara lokasi utama bagi masyarakat Cina sekitar bandar berkenaan bersembahyang dan bermain mercun ketika menjelang malam Tahun Baru Cina.

Difahamkan, kira-kira sejam sebelum kejadian itu, mercun yang diletakkan dalam kotak meletup secara tiba-tiba dipercayai akibat keadaan tar jalan yang panas. 

Kejadian itu bagaimanapun tidak menakutkan orang ramai yang berada di tempat kejadian sehinggalah longgokan mercun dalam kuantiti besar meletup sejam kemudian sehingga terkena beberapa mangsa.

Orang ramai yang panik melihat letupan itu bertempiaran lari menyelamatkan diri.

Timbalan Ketua Polis Manjung, Deputi Superintendan Shaharuddin Abdullah, yang dihubungi mengesahkan kejadian itu tetapi sehingga petang semalam belum menerima laporan daripada mangsa. 



sumber : Berita Harian Online

No comments:

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive