sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Monday 23 April 2012

MESTI BACA!!!KETUANAN BANGSA JATUH DI CHINA DAN INDIA TAPI TIDAK DI TANAH MELAYU

KETUANAN BANGSA JATUH DI CHINA  DAN INDIA TAPI TIDAK DI TANAH MELAYU


Penjelasan seperti inilah yang menyebabkan kita sedar bahawa kenapa institusi Raja-Raja melayu masih wujud dan kekal berbanding Dinasti Maharaja India dan Dinasti Maharaja China yang telah tumbang. Semua ini berkaitan dengan ketuanan atau khalifah.

Islam masuk ke India, tetapi tidak lama dalam bentuk ketuanan, lalu sistem maharaja India telah roboh. Sebenarnya keturunan raja di India masih ada, tetapi sistem itu telah tenggelam dan tidak banyak mempengaruhi keputusan melibatkan dasar negara.

Walaupun Islam pernah masuk ke China, tapi yang terkenal sekarang cuma Laksamana Cheng Ho, beliau dikenali bukanlah berketurunan diraja, tetapi terdapat catatan sejarah bahawa Cheng Ho berketurunan darah Rasulullah, nama Islamnya ialah Syed Cheng Ho.

Akhirnya, dinasti pemerintahan beraja di China berakhir dan tumbang. Setelah gagal di India dan China, ketuanan itu mengalir pula di Nusantara dan Alam Melayu.

Islam apabila ia masuk ke kepulauan Melayu, ia meresap ke dinding istana dan Tanah Melayu terus berubah wajah dan rupa parasnya dengan sekelip mata, tanpa pertumpahan darah. Inilah tanda 'kelembutan' hati orang Melayu yang rela hati menerima agama yang selari dengan fitrah mereka.

Sebab itu desakan bukan Melayu agar kuasa istana di negara ini tidak boleh dilayan. Ini kerana, Islam cuba memasuki wilayah mereka, tetapi mereka menolaknya dan ketuanan mereka terhapus. Lalu, sebahagian daripada mereka dikirimkan ke negera kita ini kerana Tuhan ingin memberi peluang kedua kepada mereka untuk mengenali Islam di sini.

Cabaran Islam di Indonesia pula lebih dasyat, ketuanan dan institusi raja-raja berkubur terus kecuali di Daerah Yogyakarta. Jadi kenapakah " ketuanan" dalam bentuk institusi raja-raja Melayu di Malaysia akan selamat?

Semua ini berbalik kepada takdir dan ketentuan Allah dan disebabkan oleh Perlembagaan Persekutuan di Malaysia yang mana sirah telah membuktikan kebijaksanaan nenek moyang kita (Melayu) dahulu menggunakan ungkapan 'bangsa' Islam melawan 'bangsa' kafir. Itu adalah ungkapan Tok Janggut, dan lain-lain para pejuang Melayu yang 'berROHkan Islam.

Warisan perjuangan nenek mpyang kita yang panjang inilah antara penyebab kenapa orang tuan Melayu yang bijaksana dahulu telah digerakkan hati mereka oleh Allah untuk menyusun ayat di dalam Perlembagaan Perkara 3 fasal 1,2, dan 3, bahawa Melayu itu beragama Islam dan raja-raja Melayu itu bertindak sebagai pemelihara agama. Sementara Perlembagaan pada perkara 153 menjadikan bangsa Melayu sebagai Tuan dalam negara ini.

antara sebab kita menulis begini supaya orang Melayu termasuk yang berada dalam UMNO,PAS dan PKR serta yang tidak menyertai mana-mana parti, lekas-lekas sedar diri masing-masing bahawa hal Ketuanan Melayu itu menjadi satu ungkapan yang istimewa bukanlah kerana kemelayuan mereka, tapi kerana sifat dan sahsiah Melayu lemah-lembut, berakhlak mulia dan punya sifat menjaga agama Islam ini bukan hanya dalam bentuk amalan peribadi, malah bersifat dakwah

Sekali gus, mudah-mudahan pihak-pihak yang menyebutkan Ketuanan Melayu itu hanya yang disebut dalam Pelembagaan itu cuma Melayu sebagai beragama dan Raja-Raja sebagai pelindung Islam. Segera sedar.

Namun, Setakat sekarang ini, sebuah kelompok Melayu yang berjuang melalui parti bernama UMNO yang anggotanya 100% beragama Islam telah diberi peluang oleh Allah menjadi tunggak pemerintahan negara ini guna untuk melindunggi Islam selama 62 tahun hingga kini. Itu Urusan Allah. Kalau kita rujuk ayat Al-Quran surah Ali Imran ayat  26 dan surah al-Araf ayat 128 yang dikemukakan di atas, kita tidak boleh pertikaikan urusan Allah.

Wallahualam...

penulis : Syiekh Abu Muhammad Iqamuddin.

BUKU : BAHAYA DAP KEPADA KEDAULATAN DAN PERLEMBAGAAN NEGARA. 211 HELAIAN. 

TEMPAHAN : 0126302916 - MOHD.

No comments:

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive