sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Sunday 8 April 2012

PANAS !!! LAWATAN RAHSIA PAP SINGAPORE KE DAP PENANG??

LAWATAN RAHSIA PAP BERTEMU DAP DI PENANG???


Harap-harap Ketua DAP Pulau Pinang, Lim Guan Eng tidak melatah atau melenting dengan pertanyaan dari Awang Selamat (utusan Meloya) tentang rombongan 30 AHLI PARLIMEN dari parti PAP Singapore melawat Pulau Pinang baru-baru ini.

Rombongan PAP ini terut menemui Ketua DAP Pulau Pinang, Lim Guan Eng. Khabarnya rombongan ini tidak di uar-uarkan dan tiada liputan termasuk dari media hebat pembangkang seperti Malaysiakini,Harakah,Suara Keadilan. Rahsia ke PAP lawat DAP? Apakah tujuan lawatan itu? bahayakah kalau di ketahui rakyat? atau ada apa-apa pelan dari PAP dan DAP? Ataupun adakah semakin erat kerjasama antara PAP Singapura dan DAP Pulau Pinang?


Kita semua tahu sejarah hubungan PAP dan DAP dari mula Singapura berada dalam Malaysia. DAP ditubuhkan menggantikan PAP pimpinan Lee Kuan Yew ketika itu, yang di singkirkan keluar dari Malaysia pada tahun 1965. Ia diantara lain di sebabkan PAP mahu menguasai politik tanah air dan menentang hak-hak orang Melayu. Konsep Malaysian Malaysia yang di ilhamkan oleh Lee Kuan Yew yang di nyalakan PAP.

Sejak DAP menguasai Pulau Pinang selepas pilihanraya ke12, banyak pemimpin utama termasuk Lee Kuan Yew melawat negeri itu. Guan Eng juga kerap ke Singapura sama ada secara rasmi ataupun tidak.Kita melihat hubungan antara PAP dan DAP kini di tahap terbaik dan hebat.


Cuma jika benar lawatan baru-baru ini, kita musykil dan tertanya-tanya apakah agendanya. Jika benar, maka parti-parti di bawah Barisan Nasional juga boleh meniru pendekatan PAP dan DAP. Barisan Nasionak juga boleh berkerjasama dengan pembangkang di Singapura. Untuk apa lagi jaga hati PAP semata-mata, sedangkan kita tidak tahu apa muslihat dan permainan PAP dan DAP.



Sumber : Awang Selamat Utusan Malaysia.

1 comment:

Anonymous said...

Mamak Tamil Awang Selamat janganlah cemburu ke atas Singapura dengan mata wang yg akan meningkat menjadi Sing1 = RM3.00, itu lah kejayaan Singapura yang tidak mempunyai sumber2 asli. Awang Selamat melenting sebab apa , dah biasa org2 UMNO cam itu tak payah buat kerja, kerja mrk ialah meneropong org2 yg dah Berjaya, sebab nak buat rompakan mengejut ke atas mrk.

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive