sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Sunday 29 July 2012

JOYAH SPOT MINGGUAN MALAYSIA VS DEJAVU KINABALU

DEJAVU KINABALU VS JOYAH SPOT MINGGUAN






Dejavu Di Kinabalu drama bersiri arahan Erma Fatima yang  di tayangkan di TV3 ini telah mendapat sambutan yang amat memuaskan dari penonton, termasuk akula. Tambah-tambah lagu dia yang memang best, hurnn minat juga aku akan cerita drama Melayu ini. 


Aku bukan nak sentuh sangat jalan cerita drama Dejavu di Kinabalu ni tapi hari ni aku terbaca dalam akbar yang aku suka baca iaitu ' Utusan Malaysia' ataupun kata pihak pembangkang dalam Malaysia ni ' Utusan Meloya' haha. Dalam ruangan Pancaindera, ruangan Joyah Spot yang 'hangat' tu, kata Joyah Spot drama Dejavu di Kinabalu ni 'TIRU' Summer Scent, iaitu drama bersiri dari Korea. Aku baca 2 kali apa yang ditulis Joyah ni, aku bukan apa cuma nak buat teguran sikit, bagi aku biarlah nak tiru ka , apa ka, yang penting drama ini untuk hiburan semua. Lagi satu, Erma Fatimapun bukan baru semalam buat drama.

Aku teringat slogan 'sokonglah drama dan filem tempatan' , bagi aku yang kurang minat cerita tempatan dulu dah mula minat dengan drama dan filem tempatan sejak kebelakangan ini dan apa yang Joyah tulis dalam akbar ini, bukan nak sokong tapi nak hantam lagi, lebih baik Joyah buat DRAMA sendiri, kalau semua nak hantam. 

Apapun aku tetap akan sokong drama dan filem Melayu, siapa lagi yang nak sokong kalau kita orang sendiri tak sokong? nak suruh Lim Kuan Yeaw dari Singapura sokong?.

Aku harap tak ada sesiapa yang geram atau marah dengan aku akibat dari cerita yang aku buat, bukan apa aku nak kita berjaya terutama orang Melayu. Akhir sekali selamat maju jaya buat semua di arena hiburan tanah air. 

psssttt : best ke cerita drama korea 'summer scent tu ? haha


No comments:

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive