sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Monday 15 October 2012

DAP MAHU MODEL BOGEL?? PAS KEDAH KENA LAGI DENGAN DAP !!

Dap Kedah yang diketuai oleh Lee Guan Aik semalam bagi kata dua pada PAS Kedah tentang pelaksanaan undang-undang Islam di Kedah.

Dap Kedah akan menentang jika Kerajaan PAS Kedah melaksanakan hukum atau undang-undang Islam.

Seperti yang kita tahu, Azizan sama sekali tidak menghiraukan ancaman atau ugutan dari rakan sebantalnya dari DAP.

Sikap rasis dan anti hukum Islam sememangnya wujud dalam DAP dari dulu lagi. Jadi tak hairan jika PAS akan tunduk pada DAP .

Di PAS Pusat ternyata mereka tunduk dan rela dipijak DAP, seperti yang kita dengar baru-baru ni tentang tunduknya Nik Aziz dan Hadi kepada DAP.

Adakah Azizan juga perlu tunduk pada beberapa kerat DAP di Kedah yang semakin menekan dan melampau atas apa jua tuntutan mereka?

DAP Kedah juga membantah Iklan yang memaparkan Model berpakaian sopan dalam papan tanda iklan yang banyak di Kedah .

Sampai soal pakaianpun DAP tentang , bagaimana pula nak melaksanakan hukum Islam, jika papan tanda model separuh bogel mungkin akan disukai oleh DAP.

Kedah yang dikenali antara negeri yang menerapkan nilai Islam dalam kehidupan rakyat tentunya tidak sesekali bersetuju dengan cara DAP ini.

Sakit kepala dan tekanan akan menambahkan lagi pening di kepala Azizan untuk mengatasi masalah kebiadaban DAP ini.

Rakyat Kedah sudah muak dan bosan pergaduhan antara DAP dan PAS Kedah ini, detik perubahan Kedah akan bermula dengan TUKAR KEDAH pada Barisan Nasional.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

No comments:

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive