sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Thursday 25 October 2012

HIBURAN PANAS !! RITA BERANG DENGAN GAMBAR ITU MULA TERSEBAR ?? MAMPUIH DAH !!!

Perjuangkan maruah diri dan anak

Ditebak persoalan peribadinya yang kian hari kian meruncing dengan pelbagai kisah sensasi yang tidak habis-habis diperkatakan, anak kelahiran Perlis ini hanya tersenyum tawar. Seolah-olah hati sudah terasa ‘mati’ dengan apa yang berlaku.

Namun pelakon berwajah lembut ini menyerahkan segalanya pada takdir dalam mencorakkan apa yang terbaik. Katanya penuh makna kalau senyum itu penat, menangis lebih memenatkan. Bagaimana pun kata Rita, apa yang berlaku pastinya bersebab dan sebagai insan biasa dia menerima dengan hati tabah.

“Alhamdulillah, jiwa saya tenang dan saya bahagia ditemani kedua-dua hero saya. Cukuplah sudah dengan apa yang berlaku dan saya redha dengannya. Yang saya perjuangkan kini adalah maruah diri dan juga kepentingan anak-anak.

“Apa yang berlaku bersebab dan mungkin dia bukan lelaki yang terbaik dan sesuai untuk saya serta anak-anak. Inilah kata-kata motivasi yang saya pegang selama ini untuk membuatkan hati saya kuat.

“Mungkin sesetengah orang beranggapan sukarnya situasi saya terpaksa turun naik mahkamah, bergantung tidak bertali dan sebagainya, tetapi saya tidak langsung lelah dengan apa yang saya lakukan.

“Jujurnya ketika awal kes saya disiarkan perasaan malu usah dikata, tetapi lama-kelamaan saya sudah mampu menghadapinya. Saya juga sudah lali dengan segala umpatan dan pandangan serong orang lain. Yang penting saya tahu apa yang saya lakukan.

“Soal berpisah atau tidak, bukan saya yang tentukan kerana kuasa itu bukan di tangan saya. Yang penting saya jaga maruah diri sebagai isteri dan ibu kepada anak-anak,” tegas Rita yang mengakui kemelut rumah tangga serta sokongan orang ramai terhadapnya mencetuskan idea untuk menerbitkan biografi tentang dirinya yang kini sudah 95 peratus siap dan bakal diterbitkan sendiri olehnya.



Belum serik

Biarpun berdepan dengan kemelut rumah tangga yang memeritkan namun ibu jelita berusia 36 tahun ini sama sekali tidak serik. Dirinya tahu ada hikmah di sebaliknya, dia memiliki anak-anak dan rezeki yang tidak putus-putus dari Yang Maha Esa.

“Alhamdulillah, saya bersyukur sangat dan setiap tawaran baik drama mahupun filem saya anggap rezeki anak-anak. Soal jodoh saya serahkan pada Tuhan untuk menentukan, siapa saya yang mahu melawan takdir kan? Walaupun rumah tangga saya berantakan dan tidak tahu apa penghujungnya, namun andai suatu hari nanti kami tiada jodoh, saya tidak akan serik untuk menerima lelaki lain dalam hidup saya dan anak-anak.

“Walaupun saya boleh membesarkan anak-anak sendirian, tetapi saya tetap perlukan seseorang bernama lelaki untuk menjadi pelindung dan pembimbing kami anak-beranak. Usia tidak menjadi hal, yang lebih penting lelaki tersebut haruslah mempunyai asas agama yang kuat, berpendirian teguh, tahu apa yang dilakukan dan bukan seperti lalang yang hanya mendengar dan mengikut kata-kata orang lain,” ulas Rita lagi.


selanjutnya KLIK SINI

2 comments:

MMI said...

Salam perjuangan .. Mohon dipautkan blog MMI mahamissa.blogspot.com terimakasih.

Anak Melayu said...

insya'Allah sama2 kita

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive