sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Monday 29 October 2012

MALAYSIA BUKAN ANCAMAN, WALAUPUN DUA RAKYATNYA ANGGOTA AL-QAEDA



Walaupun dua rakyat Malaysia yang ditahan di Labanon adalah anggota Al-Qaeda tetapi mereka bukan jadikan Malaysia sebagai sasaran untuk memberontak atau untuk melakukan serangan. Hasil maklumat operasi mereka hanya diluar negara.

Bagaimanapun, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, penahanan mereka yang dikaitkan dengan kumpulan pengganas al-Qaeda adalah satu fenomena baru yang membimbangkan.

Beliau berkata, sebelum ini, rakyat Malaysia dikesan hanya terlibat dengan kumpulan pengganas di rantau ini, justeru penglibatan dalam al-Qaeda itu perlu disiasat secara lebih mendalam.

"Rakyat jangan terlalu bimbang kerana saya boleh mengesahkan, mereka (pengganas) tidak melihat negara kita ini sebagai sasaran. Tetapi dalam masa sama, kita perlu membuat keputusan segera dan kita tidak boleh membiarkan mereka (pengganas) melihat Malaysia walaupun sebagai negara transit atau tempat untuk melakukan perancangan.

lanjut : BACA SINI


No comments:

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive