sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Monday 29 October 2012

PANAS !!! PAS JERAI BERGEGAR BEB #TUKARKEDAH



Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata kerajaan Barisan Nasional (BN) menyediakan dan memberikan pelbagai bantuan berterusan kerana kasih dan sayangkan rakyat.

Beliau berkata kerajaan sentiasa memberi keutamaan terhadap kebajikan rakyat dan pelajar dan ini terbukti dalam Belanjawan 2013 yang dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak pada 28 Sept lepas.

"Saya bersyukur rakyat menerima baik setiap program bantuan ini dan menolak cakap pembangkang yang hanya pandai menabur janji," katanya semasa merasmikan Himpunan Kasih Sayang Komuniti 1Malaysia peringkat negeri Kedah di Guar Chempedak di sini, hari ini.

Turut hadir Ketua Setiausaha Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Kamaruddin Siaraf dan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah Datuk Paduka Ahmad Bashah Md Hanipah dan Ketua Bahagian Umno Parlimen Jerai, Dato Suhaimi Abdullah.

No comments:

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive