sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Monday 5 November 2012

TUDIAA!!!! MAHKAMAH BUKTI AZIZAN BERSALAH KES KUIN !! #TUKARKEDAH PAS KEDAH GAGAL !!!


Tudiaaa .. Satu persatu Allah dah tunjuk pada kita tentang sifat dan perangai Kerajaan PAS Kedah, orang nak jadi pemimpin depa lagi la nak jadi pemimpin tapi bodo piang, haprak kata TUN M dulu. Dari pelaburan balak kat PNG rugi RM33 JUTA , bayaq kat HANTU dan semua bagai , kali ni bagaikan berdentum guruh dilangit, kena pulak bayaq denda atau ganti rugi kat kontraktor. 

Jom baca sa petikan dari bernama dan ni baca cerita sebenar pasal kes ni BACA SINI

SUNGAI PETANI – Mahkamah Tinggi Alor Setar telah memerintahkan Kolej Universiti Insaniah (Kuin), milik kerajaan Kedah, membayar RM1.599 juta kepada Syarikat Shake Cuisine Sdn Bhd pada 31 Oktober lepas kerana kegagalan melunaskan bayaran perkhidmatan yang disediakan syarikat itu.

Pengarah Urusan syarikat itu, Shaikh Faisol Shaikh Yusoff berkata beliau lega dengan keputusan itu walaupun jumlah bayaran yang diperoleh hanya bagi baki bayaran kontrak.

Pada Mac lepas, Shaikh Faisol membuat tuntutan di mahkamah terhadap Kuin sebanyak RM1.599 juta untuk baki bayaran dalam kontrak, RM200,000 bagi kerugian kos bayaran sewa stor barang serta kerugian akibat tidak dapat meneruskan perniagaan lain berjumlah RM1,259,939 selain faedah pada kadar lapan peratus setahun, kos dan lain-lain relief.

Katanya syarikat itu menyediakan perkhidmatan kepada 300 pelajar Kuin di cawangan Kuin Sungai Petani bagi tempoh tiga tahun bermula Januari 2009 hingga Disember 2011 dengan kadar bayaran ditetapkan dalam perjanjian sebanyak RM200 sebulan untuk setiap pelajar.

Kos berkenaan merangkumi kos perkhidmatan asrama (kediaman) dan pengangkutan untuk seramai 300 pelajar, katanya kepada pemberita di sini, Ahad.

Dalam pernyataan tuntutannya, beliau berkata mengikut kontrak, jumlah bayaran keseluruhan mengikut persetujuan kedua-dua pihak sehingga selesai tempoh perjanjian adalah RM2.160 juta.

Akibat kegagalan defendan mematuhi terma perjanjian dengan sempurna, pihak plaintif mengalami kerugian apabila terpaksa menanggung kos sewa rumah, pembelian barang-barang keperluan dan kos-kos berkaitan. - BERNAMA

Kos baki yang nak kena bayar cuma rm 200 ribu sahaja, tapi jenis BODO PIANG ni yang tak mau bayar hutang kena pulak bayaq free RM 1.599 Juta TUDIAAAA BODO PIANG LA AZIZAN ni. Aku nak habaq sikit duit buat KUIN tu DUIT RAKYAT bukan duit poket hampa, dari OK SAMPAI HANCOQ hampa buat KUIN !!

Lepas ni apa lagi yang jadi aku tak tau, makin terserlah dan terbongkar kegiatan PAS Kedah ni buat.

Buat Azizan, langit tu tak selalu biru , la ni langit hitam selalu mai tambah musim hujan ni... Tulahhh tak sediakan payung dulu, kan dah kena KILAT !!!!


No comments:

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive