sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Saturday 22 December 2012

EKSKLUSIF : PAS KEDAH BERANG DENGAN BEKAS ORANG KUATNYA KERANA LAWATAN TPM DI JERAI ??



Lawatan Sambil Kerja YAB Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin ke Kedah telah membuktikan kebajikan Kerajaan Malaysia kepada rakyat Kedah sentiasa di perjuangkan walaupun pentadbiran Kerajaan Negeri telah di tadbir Pakatan Haram.

Sempena lawatan YAB TPM ke Kedah siang tadi, TPM telah bersama dengan pelbagai pihak termasuklah lawatan beliau ke Sekolah Menengah Agama Al-Taufikiah Khairiah Al-Halimiah atau lebih terkenal dengan nama Pondok Pak Ya untuk memberi sumbangan kepada 12 Sekolah Agama Rakyat berjumlah RM 600 Ribu serta 7 Sekolah Tahfiz yang mendapat sumbangan sebanyak RM 240 Ribu keseluruhannya.






Kehadiran YAB TPM ke Pondok Pak Ya di sambut pelajar-pelajar Pondok Pak Ya dengan iringan Selawat ke atas Nabi.




YAB TPM bergurau senda dengan Datuk Seri Jamil Khir, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri ( Hal Ehwal Agama Islam ) sambil di sambut dengan gelak tawa pewaris Pondok Pak Ya, Tuan Haji Najib Bin Haji Yahaya yang memegang jawatan sebagai Setiausaha Lembaga Tadbir Pondok Pak Ya ketika memberi taklimat berkenaan satu bangunan yang bakal di bangunkan Pondok Pak Ya yang memerlukan bantuan Kerajaan.




Seorang pelajar Pondok, tanpa segan silu secara terbuka telah memakai butang logo 1 Malaysia




Gambar yang paling menarik ketika dalam perjalanan ke jamuan Petang, YAB TPM berjalan sambil memimpin tangan dengan Bekas Timbalan Pesuruhjaya PAS Kedah, Datuk Muslim Osman yang kini cukup lantang mengkritik PAS setelah PAS kini di lihat menjadi alat boneka bagi parti PKR dan DAP.












Gambar di bawah merupakan gambar anak-anak Muda berkonvoi menyambut kehadiran YAB TPM ke Kedah.











BY APJ, AUPN , PISAU KEDAH 

No comments:

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive