sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Sunday 23 December 2012

LIM KENG YEIK MENINGGAL DUNIA SEMALAM


PETALING JAYA: Bekas Presiden Gerakan, Tun Dr Lim Keng Yaik meninggal dunia hari ini pada usia 73 tahun akibat sakit tua.

Berita kematiannya dilaporkan agensi berita Bernama setelah disahkan oleh Pengerusi Gerakan Pulau Pinang, Datuk Dr Teng Hock Nan.

Lim dilaporkan menghembuskan nafasnya yang terakhir di kediamannya di Tropicana, Petaling Jaya pada jam 4.45 petang tadi.

Menurut Bernama lagi, anak Lim, Datuk Lim Si Pin yang juga merupakan Ketua Pemuda Gerakan enggan ditemuramah ketika ditemui media.

Tun Dr Lim Keng Yaik dilahirkan pada 8 April, 1939 di Tapah, Perak. Beliau menerima pendidikan rendah dan menengah di Institutsi St. Michael di Ipoh dari tahun 1947 sehingga tamat Tingkatan Enam pada tahun 1957.

Lim kemudiannya melanjutkan pelajaran di dalam bidang perubatan di Queens University, Belfast, Utara Ireland.

Tun Dr Lim mempunyai 15 orang adik beradik. Kedua ibu bapanya berasal dari Fujian Province di China namun bapanya dilahirkan di Tapah.

Lim mula berjinak dengan dunia politik Malaysia apabila menyertai MCA pada tahun 1968. Beliau kemudiannya memegang jawatan Ketua MCA Perak pada tahun 1974. Namun, ketidaksefahaman berlaku antara beliau dan presiden MCA pada ketika itu, Tun Tan Siew Sin. Ini membawa kepada Lim meninggalkan MCA dan menyertai Parti Gerakan Malaysia.

Pada tahun 1980, Lim diberi kepercayaan menjadi Presiden Gerakan.

Lim turut memegang jawatan di dalam kabinet dan jawatan terakhir beliau sebelum bersara pada tahun 2008 ialah sebagai Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi.

Pada tahun 2011, Lim ditawarkan menjadi canselor Wawasan Open Universiti menggantikan Tun Dr Lim Chong Eu.

Lim mempunyai tiga orang anak hasil perkongsian hidupnya bersama Toh Puan Wong Yoon Chuan.

sumber : BACA SINI

No comments:

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive