sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Saturday 12 January 2013

EKSKLUSIF HIMPUNAN BALAK !! RAKYAT KEDAH BANGUN MENENTANG IBLIS DAN SYAITAN #tukarkedah






Sejak kembali berjuang di negeri kelahiran aku di Kedah , ini kali pertama aku menjejak kaki ke Pedu daerah Padang Terap , selama ini aku hanya mendengar cerita tentang kerakusan pembalakkan di Pedu .

Apabila PERKASA menganjurkan program lawatan rakyat Kedah untuk melihat bagaimana teruknya PAS Kedah menghancurkan alam ciptaan Tuhan di hutan simpan di kawasan empangan Pedu, hati aku tergerak untuk turut serta. 

Perjalanan aku agak jauh, sememangnya memenatkan, tetapi semangat untuk melihat apa yang PAS buat di Kedah aku tak kisah semua tu , sampai saja di kawasan berbukit aku tengok ada longgokkan kayu balak yang sudah ditebang, aku berhenti dan melihat sendiri , sebesar betis balakpun mereka sapu , betapa celakanya PAS Kedah. Kesialan PAS Kedah mengurus tadbir balak di Kedah aku boleh katakan tahap Yakjud dan Makjud menghancurkan bumi seperti tercatit dalam kisah akhir zaman . 

Dihadapan bukit tadi sememangnya tidak diusik kerana boleh membutakan mata rakyat tetapi disebelah bukit di mana terletaknya sebuah tasik , mengucap panjang aku tengok habis ditarah sehingga ke gigi air tasik. 

Aku teruskan perjalanan di mana tempat berhimpunnya program PERKASA , mungkin selama ini tidak pernah jem di kawasan ni , tetapi kali ini aku terpaksa berjalan lebih dua kilometer untuk sampai ke lokasi di mana raakyat Kedah berhimpun bagi melihat kehancuran bukit dan alam ciptaan Allah.

Kali ini aku bangga kerana belasan ribu rakyat Kedah datang berpanas untuk melihat kesan kesialan kerajaan PAS Kedah.

Semoga kali ini rakyat Kedah sedar dan insaf sebenarnya mereka memilih syaitan untuk memimpin Kedah . Semangat ingin terus berjuang makin membara. wallahualam

RAKYAT KEDAH BANGUN MENENTANG SYAITAN dan IBLIS PAS !!!


No comments:

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive