sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Sunday 27 January 2013

EKSKLUSIF : PENDUDUK DITIPU YB PAS KUPANG !! APA NI YB YANG MENDOKONG ISLAM KATANYA ??? #TUKARKEDAH #SlmtGngInas @umbkedah

Kisah permohonan tanah tu, kisah dah lama, hampir dua tahun lepas. Kita tengok apa jadi lepas dua tahun?

Penduduk kampung Iboi ditipu!! Mana boleh Pejabat Adun Pas Kupang boleh gantikan kerja pejabat tanah. Ada penduduk kampung yang telah membuat semakan di Pejabat Tanah Daerah Baling, memang tidak ada langsung permohonan dan semua bayaran yang mereka buat entah pergi ke mana.

Sudah la orang kampung ini bukan dari kalangan orang yang berada. Hanya hidup mencari makan dengan kerja-kerja kampung. Dah la susah, lagi mereka ditipu. Ditipu pulak oleh YB Pas yang mereka pilih dan percaya. Tengok gambar dibawah, berapa ramai agaknya yang kena tipu.



Uihh.. ramai juga yang kena tipu, atas rayuan penduduk kampung yang kena tipu. UMNO Kedah dan UMNO Baling telah bekerjasama dengan UMB Kedah untuk membuat dialog bersama peguam (penasihat undang-undang UMB).

Dialog bersama peguam untuk memastikan bahawa benarkah mereka ditipu, apa tindakan yang mereka boleh buat selepas ini, dan jalan penyelesaian kepada segala permasalahan ini.



Memang kesian Mc tengok semalam, ramai orang kampung meluahkan perasaan. Malah ada penduduk kampung yang menangis disebabkan penipuan yang dilakukan oleh Adun Pas Kupang.

Bayangkanlah, hasrat mereka untuk memiliki tanah dikecewakan begitu saja. Ada yang habis berpuluh ribu ringgit tuntuk membayar permohonan tanah, tetapi setelah lebih dua tahun menunggu, mereka kecewa. Malah apabila disemak, permohonan di pejabat tanah tidak pernah dibuat. Apakah itu bukan penipuan?




Gambar diatas adalah resit pembayaran yang dikeluarkan oleh pejabat Adun Kupang, banyak kan? Peguam bersama Ketua Pemuda UMNO Baling dan Adun Bayu membuat semakan keatas resit yang dikumpul.


Setelah semakan dibuat, memang jelas resit pembayaran dibuat oleh Jawatankuasa Gunung Inas, yang beralamat di Pejabat YB DUN Kupang.

Sememangnya ada kesalahan undang-undang yang dilakukan disini. Mana boleh Pejabat DUN mengutip bayaran permohonan tanah yang sepatutnya dikeluarkan oleh pejabat tanah.

Malah resit yang dikeluarkan, bukan resit rasmi dan permohonan yang mereka lakukan dua tahun lepas, tidak pernah didaftar langsung di pejabat tanah.

Ini membuktikan bahawa Pas menipu penduduk kampung, rakyat Baling dan rakyat Kedah. Pembaca boleh tengok video Adun Bayu yang mempunyai pendapat tersendiri.

2 comments:

Anonymous said...

padan muka org kedah(termasuk aku). apapasal x bagi kedah menang pru12?

Anak Melayu said...

haha tula bagi depa muka utk tibai kekayaan duit rakyat kedah

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive