sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Friday 25 January 2013

GEMPAQ : SAH MAYAT ADIK WILLIAM YAU ZHEN ZHONG



Mayat budak yang ditemui semalam di Sungai Sireh, Pelabuhan Klang, lewat petang semalam disahkan adikWilliam Yau Zhen Zhong, 6, yang dilaporkan hilang pada 16 Januari lalu.
Ibu bapa adik William Yau mengesahkan bahawa mayat budak yang ditemui semalam adalah anak mereka semasa membuat pengecaman di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR).

Katanya, berdasarkan pengecaman ahli keluarga terbabit, kanak-kanak terbabit memakai seluar dalam sama seperti seluar dalam yang dipakai William Yau pada hari kehilangannya.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Mohamad Mat Yusop berkata, mayat kanak-kanak itu itu dijumpai orang ramai pada jam 6.30 petang semalam.

“Polis terima panggilan daripada orang ramai berhubung penemuan satu mayat budak lelaki tersangkut berhampiran bot di jeti Sungai Sireh, Pelabuhan Klang petang semalam.

“Berdasarkan siasatan awal, polis tidak dapat kenal pasti identiti mangsa untuk dibuat pengecaman berikutan mayat dipercayai sudah lama berada di laut.

“Ketika dijumpai, mayat berkenaan lengkap berpakaian iaitu kemeja-T berwarna oren kekuning-kuningan dan seluar pendek,” katanya di sini, semalam.

Difahamkan, kemeja T berkolar bulat itu bertulis perkataan `Active Group’ dan `Best Team’.

William Yau dilaporkan hilang pada 16 Januari lalu selepas keluar dari kenderaan untuk mencari ibu bapanya ketika singgah di kedai alatan elektronik di Jalan Putra Mahkota, Putra Heights Subang Jaya.

APJ : TAKZIAH PADA KELUARGA ADIK WILLIAM

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive