sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Wednesday 24 April 2013

AL-FATIHAH - PEJUANG NEGARA TERLIBAT DALAM OP DAULAT MAUT NAHAS #LahadDatu #Pray4Sabah

Lans Koperal maut nahas di Tawau

ALOR SETAR - Seorang anggota tentera yang terlibat dalam Op Daulat di Lahad Datu maut selepas motosikal yang ditunggangnya terlibat dalam kemalangan jalan raya semasa dalam perjalanan hendak membeli makanan di Simpang Jalan Kampung Jawa, Tawau, Sabah pada Ahad lalu.

Kejadian kira-kira jam 8.30 malam itu mengakibatkan Lans Koperal Mohd Idris Ibrahim maut di tempat kejadian selepas motosikal ditunggangnya dirempuh sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Toyata Hilux ketika baru keluar meninggalkan Kem Kukusan, Tawau.

Menurut pegawai yang mengiringi jenazah, Leftenan Mohd Elyas Mohd Shafie, sewaktu kejadian, Allahyarham hanya menunggang motosikal berseorangan untuk keluar membeli makanan.

Jenazah Allahyarham kemudiannya dibawa pulang ke kampungnya di Kampung Pida 2, Kodiang untuk tatapan seluruh ahli keluarga terdekat buat kali terakhir sebelum dikebumikan di tanah perkuburan Islam, Masjid Paya Kampung Pida 1, Jalan Sanglang, malam kelmarin.

Allahyarham yang merupakan anak keempat daripada enam beradik itu juga dikatakan sempat menghubungi ibunya, Hasnah Ibrahim, 48, sehari sebelum kejadian meminta supaya dibelikan cincin yang lebih mahal untuk bakal tunangnya nanti.

Difahamkan, mangsa dijadualkan bertunang selepas hari raya Aidilfitri Ogos nanti.

Sementara itu, kakak Allahyarham, Rohaya Ibrahim, 31, berkata, Mohd Idris mula berkhidmat dalam pasukan 7 Rejimen Askar Melayu Diraja yang berpangkalan di Kem Kukusan, Tawau pada tahun 2009.

Dalam pada itu, Umno Kedah menyampaikan sumbangan sebanyak RM10,000 kepada keluarga mangsa.

AL - FATIHAH PEJUANG NEGARA 

No comments:

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive