sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Thursday 23 May 2013

PANAS !!! MUKHRIZ CABAR PEMBANGKANG !!! #HanyaDiKedah @MukhrizMahathir


ALOR SETAR - Menteri Besar Kedah Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir mencabar pakatan pembangkang agar melepaskan tampuk pemerintahan di Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan sekiranya mereka masih tidak boleh menerima keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Beliau turut meminta pakatan pembangkang agar tidak terus mengelirukan rakyat dengan memanipulasi isu undi popular.

"Tidak wajar untuk mereka memaksa kerajaan Barisan Nasional berundur sedangkan mereka sendiri tidak mahu berundur di negeri yang dimenangi.

Pakatan sepatutnya menolak semua keputusan PRU13, termasuklah di negeri yang merekamenangi," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, Mukhriz menyeru Anwar serta konco beliau dalam pembangkang agar segera insaf serta tidak menjadi batu penghalang kepada hasrat rakyat yang dahagakan pembelaan dalam erti kata sebenar.

Beliau berkata mereka tidak sepatutnya membazirkan masa menerusi perhimpunan yang boleh merosak keharmonian serta mencalar imej negara, khususnya negeri Kedah yang aman damai.

Mukhriz berkata jumlah sambutan Himpunan Black 505 di Kompleks Pas Kota Sarang Semut semalam yang terlalu sedikit jika dibanding jumlah rakyat Kedah memberi gambaran bahawa majoriti menolak budaya liar yang cuba dibawa penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pembangkang.

"Rakyat sudah menggunakan haknya untuk memilih kerajaan yang mampu membawa perubahan besar kepada negeri Kedah," katanya.

Beliau berkata tumpuan kerajaan negeri yang dipilih majoriti rakyat sekarang ialah memenuhi segala aku janji dalam tempoh lima tahun akan datang, dan memenuhi ikrar melakukan transformasi bagi menjana pembangunan bermanfaat untuk seluruh rakyat tanpa mengira fahaman politik atau latar belakang.

"Sehubungan dengan itu, saya mengajak rakyat untuk mengalih tumpuan untuk turut sama menyumbang serta memainkan peranan menjadi sebahagian dari kejayaan merubah pencapaian Kedah menuju kemajuan," katanya. - Bernama

No comments:

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive