sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Tuesday 25 June 2013

PANAS !!! TOT TINGGALKAN KEDAH PASAI APA ? !!! #HanyaDiKedah

Mario Tot tinggalkan Kedah

Mario Tot

KETUA jurulatih Kedah Mario Tot akan meninggalkan pasukan itu selepas kontraknya bersama Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) tamat 31 Julai ini.

Pengumuman itu dibuatnya pada sidang media selepas anak didiknya membelasah pasukan NS Betaria FC 5-0 pada perlawanan di Stadium Darul Aman, di sini malam tadi.

Tot, 41, berkata KFA sebelum ini meminta beliau menyambung kontrak namun terpaksa ditolak kerana beliau ingin kembali ke Croatia untuk bersama keluarga.

"Keluarga amat perlukan saya sebab itu saya ambil keputusan untuk pulang. Saya harap satu hari nanti saya akan kembali semula ke Kedah," katanya.

Tot juga menolak tanggapan ada faktor lain yang menyebabkan beliau meninggalkan Kedah.

Katanya beliau juga terharu kerana anak didiknya dan penyokong Kedah mahu beliau terus bersama pasukan itu.

Saya juga yakin, keupayaan pasukan yang saya bina pada musim ini akan dimantapkan oleh jurulatih lain untuk membolehkan Kedah terus mempamer aksi cemerlang pada saingan Liga Malaysia musim depan, katanya.

Beliau akan membimbing Kedah untuk kali terakhir apabila Kedah menutup tirai saingan Liga Perdana menentang Kuala Lumpur pada 5 Julai ini.

Tot dilantik sebagai jurulatih pasukan Kedah pada Ogos 2012, menggantikan Wan Jamak Wan Hassan yang meletak jawatan ekoran prestasi hambar pasukan Kedah ketika itu. - Bernama

APJ : Biar Jasa Jadi Kenangan 

No comments:

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive