sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Monday 29 July 2013

GEMPAR !!! LAGI KES MATI KENA TEMBAK !!!! PENGASAS AMBANK GROUP MANGSA TERBARU !!! APA DAH JADI NIH ?? @zahid_hamidi @NajibRazak



Arghhh lagi kes kena tembah , 2 bulan ni dah berapa orang kena tembak , kalau cikgu kat Kelantan dulu , Polis Kelantan kata 'biasalah masalah hutang sana sini ' kali ni pengasas Ambank Group tu , masalah hutang jugak ke ? 

Dah makin menjadi-jadi sekarang ni kes tembak menembak nih !! dah rasa macam duduk di Selatan Thailand saja rasanya. Apj bukan nak salahkan sesiapa , tapi selepas banyak kes yang berlaku apa tindakkan pengcegahan yang dibuat ??

Mudah sangat ka pintu sempadan sampai senang bawa masuk senjata-senjata berbahaya ni ?   tidak ada cara atau jalankah untuk mencegah ? Apapun yang jadi inilah akibat dari kelemahan akta yang kita ada di malaysia ni , akta yang hebat ada dulu , dibuangnya !! huh 


Hari ini Pengasas Arab-Malaysian Bank, Hussain Ahmad Najadi, 75, yang berasal dari Bahrain ditembak mati di kawasan letak kereta di Lorong Ceylon, Kuala Lumpur  sementara isterinya cedera terkena tembakan.

Menurut portal The Malaysian Insider, beliau yang kini merupakan penduduk tetap Malaysia berjalan menuju ke keretanya bersama isteri apabila seorang yang bersenjata menuju ke arahnya dan melepaskan beberapa das tembakan ke arah belakang menyebabkannya terbunuh di tempat kejadian.

Kejadian berlaku kira-kira pada jam 1.30 tengahari.

Isterinya yang cedera dikejarkan ke hospital.

Difahamkan mangsa lelaki maut setelah ditembak di kepala manakala mangsa wanita terkena tembakan di kaki.

Menurut seorang saksi yang berada di kawasan sekitar tempat kejadian, beliau terdengar bunyi letupan sebanyak tiga das dipercayai tembakan yang dilepaskan ke arah mangsa.

Ketika kejadian, pasangan terbabit dikatakan baru turun dari kereta dipandu pemandu mereka.

Kemudian datang seorang lelaki yang menaiki teksi sebagai penumpang, terus masuk ke dalam kawasan parkir lantas menembak kedua-dua mangsa.


Apj : jangan biar ia menjadi parah !!! 

No comments:

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive