sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Wednesday 24 July 2013

JAWAPAN KES MAKAN DI BILIK PERSALINAN - KES SELESAI @PKamalanathan



Kes yang hanya diperkatakan sekarang tentang Kes dikatakan pihak sekolah membiarkan murid-muridnya makan di bilik persalinan telah selesai dengan kantin yang sebelum ini diubah suai akan dibuka untuk pelajar bukan Islam makan pada bulan Ramadhan.


Jawapan daripada Timbalan Menteri Pelajaran II , Yb P.Kamalanathan seperti dibawah :"Seperti yang kita ketahui, isu itu telah selesai.

Guru Besar mempunyai niat yang baik tetapi memilih lokasi yang tidak sepatutnya. Beliau telah memohon maaf. Saya juga memohon maaf. Ia tidak akan berlaku lagi," kata Timbalan Menteri Pendidikan II P Kamalanathan.

Beliau berkata pihak kementerian telah mengambil tindakan segera berhubung kes itu dan akan melakukan pemeriksaan mengejut di sekolah-sekolah lain.

"Bilik persalinan telah digunakan bersama dengan kantin oleh semua murid sejak Mac kerana kantin boleh memuatkan 500 hingga 600 orang. SK Seri Pristana mempunyai 1,300 pelajar.

"Ekoran kerja pengubahsuaian di kantin itu bermula dua minggu lalu, semua pelajar diminta untuk makan di bilik persalinan. Ini kerana guru bimbang mengenai tahap keselamatan murid-murid ketika kerja pengubahsuaian," katanya pada sidang media di kantin sekolah itu.

Kerja pengubahsuaian untuk memasang pintu kaca bagi ruang guru di kantin itu kini selesai.

Kamalanathan turut berkata, sekolah itu telah memohon peruntukan daripada kementerian untuk memperluaskan kafetaria yang sebelum ini agak kecil untuk menampung murid-murid di sekolah berkenaan.

"Saya akan memberi sumbangan peribadi berjumlah RM10,000," katanya.

Jadi Apj harap tidak ada mana pihak lagi berbunyi dan melalak pasal isu ni . 




No comments:

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive