sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Saturday 13 July 2013

PANAS !!! ISU KALIMAH ALLAH, JAMIL KHIR BIDAS KENYATAAN DUTA VATICAN CITY !!!!

Kenyataan timbulkan kegelisahan tak wajar



Tindakan Duta Vatican City Ke Malaysia Biskop Joseph Marino mengeluarkan kenyataan berhubung penggunaan kalimah Allah bagi penganut Kristian di negara ini tidak sepatutnya berlaku kerana menimbulkan kegelisahan awam serta boleh menggugat perpaduan rakyat Malaysia.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata kenyataan itu amat tidak wajar dikeluarkan mana-mana pihak sebagai menghormati sensitiviti umat Islam di negara ini.

"Sikap bertoleransi antara agama di negara ini sewajarnya diambil kira oleh semua pihak dalam mengeluarkan kenyataan yang boleh ditafsir sebagai mengganggu keharmonian antara agama di Malaysia," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau menarik perhatian bahawa Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan sebelum ini memutuskan kalimah Allah hanya khusus diguna pakai oleh umat Islam di Malaysia dan tidak wajar disalah guna oleh mana-mana pihak.

"Saya menasihatkan semua pihak untuk tidak mempolemikkan isu kalimah Allah ini sehingga ia diputuskan di mahkamah kelak," katanya.

Sebuah gabungan pertubuhan bukan kerajaan Islam-Melayu semalam mendesak kerajaan mengusir Biskop Joseph Marino berhubung tindakan beliau mengeluarkan kenyataan yang didakwa, antara lain, memuji hujah Persekutuan Kristian Malaysia berhubung penggunaan kalimah Allah dalam kalangan penganut agama itu di negara ini. - Bernama

Apj : Dalam isu ini pihak yang menjaga hal ehwal Agama Islam terutama Datuk Seri Jamil Khir harus bertegas dan pertahankan hak umat Islam . 

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive