sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Wednesday 31 July 2013

PANAS !!! KETUA-KETUA UMNO WILAYAH YANG HARUS DIUBAH !!! @NajibRazak



Demi Transformasi UMNO kearah yang lebih baik Apj sambut artikel rakan-rakan blogger  yang menyeru agar  ketua-ketua Bahagian UMNO yang gagal membantu kemenangan BN dalam PRU13 lalu ditukar. Langkah ini agar dapat muka-muka baru menyegarkan UMNO dari terus ditolak rakyat dalam PRU14 nanti. 

Cukup-cukuplah pegang jawatan tu , apa lagi yang nak dicari , dah kalah bagi orang lain pulak , kalau berjiwa pejuang walaupun dah tak ada jawatan pasti juga membantu barisan baru berjuang , kalau tak , kita akan lihat orang tu berjiwa pejuang atau pejuang kebendaan saja. 

Selepas Selangor kini kita masuk pulak di kawasan Wilayah yang mana harus di tukar dan dikekalkan, peluang dah diberi banyak kali tapi duk macam tu jugak , ambil keputusan untuk tidak bertanding atau ditolak keluar semasa pemilihan nanti , itu saja jawapanya kalau keras !! 


Petikan dari blog sahabat keris :

Berikut adalah senarai Ketua-Ketua UMNO Bahagian yang sepatutnya dengan 'gentleman' mengundurkan diri dan bertanggung jawab di atas kekalahan pada #PRU13 :

1. Kepong - Datuk Haji Rizuan Bin Abd Hamid

2. Batu - Haji Yahaya Bin Mat Ghani

3. Wangsa Maju - Dato’ Dr. Haji Mohd Shafie Bin Abdullah

4. Segambut - Dato’ Haji Kamarudin Bin Haji Ambok

5. Bukit Bintang - Dato’ Seri Abdul Azim Bin Mohd Zabidi

6. Cheras - Datuk Wira Syed Ali Bin Tan Sri Syed Abbas Alhabshee

7. Bandar Tun Razak - Saharudin Bin Haji Zainal Abidin (Pemangku)

Kebanyakan diantara mereka pernah dilantik sebagai Senator. Peluang apa lagi yang mahu diberikan jika semua ruang yang diberi tidak digunakan untuk memenangkan BN di Wilayah Persekutuan?


Kini sudah tiba masa untuk beri laluan pada yang lebih energetik dan muda untuk bekerja. Jangan nak jadi macam sistem pemilihan 'Agung' pula di Wilayah yang mana semua pegang berpenggal-penggal hanya untuk tunggu kerusi Senator. Senator pun patutnya orang muda yang dapat kali ini.

Ada juga beberapa bahagian yang tidak perlu ditukar namun tidak salah jika nafas baru diberi peluang seperti :

1. Setiawangsa - Dato’ Sri Zulhasnan Bin Rafique

2. Lembah Pantai - Dato’ Raja Nong Chik Bin Raja Zainal Abidin

3. Seputeh - Dato' Mustapa Kamal Bin Mohd Yusoff

Bagi Setiawangsa, mungkin elok juga tukar kerana kita perlukan orang baru untuk bergerak lebih efisien dalam mempertahankan kerusi BN di Setiawangsa. Lembah Pantai pula rasanya Dato' Raja Nong Chik sudah banyak buat kerja dan kalah pun sedikit sahaja daripada Nurul Izzah. Wajar diberi peluang sekali lagi dan harap mampu menang.

Untuk bahagian Seputeh pula, memang benar mereka kalah kerana komposisi kaum tetapi kalau nak ganti Dato' Mus, kena rajin dan kuat bekerja macam dia. Bukan macam orang yang nak lawan dia yang hanya nak jawatan tapi belum tentu mampu bekerja macam dia. Kalau betul nak ganti biar orang muda. Jika tak ada yang relevan, beri Dato Mus peluang berkhidmat lagi.

Hanya tiga sahaja bahagian di Wilayah Persekutuan yang tidak perlu ditukar buat masa ini kerana rekod baik dalam memastikan BN mendapat kerusi di Parlimen :

1. Putrajaya - Datuk Seri Tengku Adnan Bin Tengku Mansor

2. Titiwangsa - Datuk Johari Abdul Ghani (Pemangku)
3. Labuan - Datuk Yunus Bin Haji Kurus (Pemangku)

Keris bersetuju dengan tuntutan-tuntutan yang dibawa oleh satu gerakan ahli UMNO yang mahukan UMNO kekal gagah. Menurut blog Shah Alam Rebels antara tuntutan mereka adalah:

1. Mendesak KUB yang telah berkhidmat lebih dua penggal supaya melepaskan jawatan dan tidak mempertahankannya.

2. KUB yang kalah pada pilihanraya yang lepas digesa berundur serta merta dan melupakan hasrat untuk bertanding pada pemilihan kali ini.

3. Para perwakilan diminta supaya melaporkan segala kegiatan rasuah dan beli undi yang melibatkan calon-calon bertanding. Jika calon ditangkap, pengadu akan diberi ganjaran RM1000.

4. Para perwakilan diminta supaya menolak calon-calon 'kaki projek' yang dikenal pasti hanya menggunakan jawatan dalam UMNO untuk mendapatkan projek-projek kerajaan.

APJ : Orang muda mahu perubahan , mahu kesegaran !! jika tak berubah juga , masa akan menentukan kita diubah !! 

1 comment:

Unknown said...

Memang setuju dengan poster mendesak Ketua bahagian UMNO yang kalah membantu pilihanraya ke 13 agar letak jawatan. Spt di tempat kami parlimen Batu memang tepat kalau Datuk Yahaya Ghani @ Tok Abas tidak terpilih @ letak jawatan. Tpi jangan arap ler Abas letak jawatan byk projek yg beliau tungu n nak kapur komisen lg2 nak pmilihan kan byk pkai duit. Saya doakn agar ada pemimpin lain y bertnding supaya beliau tumbang n kmbali jual ikan kt pasar borong selayang huhu

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive