sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Tuesday 30 July 2013

PANAS !!! TANDA PUTERA VS KAMPUNG BARU !! TAKTIK LICIK KOMUNIS KECIL DIBONGKAR !!! ?? KOR MING KEPANASAN KENAPA ??? #AntiKomunis




FILEM REMPIT BOLEH ?? 




FILEM HANTU BOLEH ??



Apalah sengal sangat pemimpin Dap sekor nih !! ayat tak boleh blah langsung , dah tak reti beza filem-filem yang di tayangkan dan diharamkan kat Malaysia nih !! Aku yakin dia main sebut saja , bukanpun tengok cerita-cerita Melayu baik cerita hantu ka , cerita rempit ka yang jalan ceritanya membawa pengajaran pada masyarakat !!! apa punya sengal la !!! huh 

Apj tak rasa yang puak nih buat filem Kampung Baru ni sebab suka-suka , kita kena ingat filem Tanda Putera yang mereka gerunkan bukan baru sebulan ditangguhkan atas desakkan mereka, mereka buat filem kampung baru ni sebab nak jadikan batu penghalang agar filem Tanda Putera diharamkan terus , jika kerajaan tetap menayangkan sudah pasti wajib mereka bantah kerana mereka juga mahukan filem Kampung Baru turut dimainkan. 

Permainan licik mereka ni bukan susahpun kita nak bongkar , jenis komunis , biasalahkan !!! sebab tu meroyan sakan Kor Ming bila filem kampung Baru dibekukan !!! baik bekukan kor Ming sekali dengan filem Kampung Baru tu !!!

Antara Sebab yang perlu kita tahu tentang kekejaman komunis adalah :


1. 3 orang peladang Inggeris telah dibunuh di Perak pada 16 Jun 1948. Peristiwa ini telah menyebabkan penjajah British mengisytiharkan darurat.

2. Seramai 18 anggota polis telah terkorban dalam satu serangan mengejut komunis terhadap Balai Polis Bukit Kepong pada waktu subuh 23 Februari 1950.

3. Sepanjang tahun 1950, seramai 120 anggota polis terbunuh, manakala 222 orang Polis Khas (SC) terkorban akibat kekejaman komunis.

4. Pada 1 Oktober 1951, Pesuruhjaya Tinggi British di Tanah Melayu, Sir Henry Gurney dibunuh dalam satu serang hendap di Bukit Fraser.

5. Pada 17 Jun 1968, segerombolan gerila komunis telah menyerang hendap konvoi pasukan keselamatan Malaysia di Pekan Kroh (Pengkalan Hulu) dan membunuh 17 anggota polis.

6. Seorang ahli UMNO telah dibunuh oleh ejen komunis di Pulau Pinang pada April 1969.

7. Pada 24 Julai 1969, seorang wanita Cina telah dibunuh di Sintok, Kedah kerana didakwa belot kepada perjuangan komunis.

8. Pada 10 Disember 1969, komunis telah meletupkan jambatan keretapi di Kok Mak berdekatan dengan sempadan Padang Besar, Perlis.

9. Komunis telah menyusup masuk ke Padang Besar dan melepaskan 3 das tembakan ke arah balai polis di situ pada 14 Disember 1969.

10. Dalam satu peristiwa pada tahun 1970-an, komunis telah memusnahkan jentera dan peralatan membina jalan yang digunakan untuk membina Lebuhraya Timur-Barat.

Kekejaman komunis terhadap anggota polis Cawangan Khas (SB):

11. Timbalan Penguasa Polis, Wong Lin Hoon telah mati ditembak di Kuala Lumpur pada tahun 1973.

12. Komunis terus mengganas dengan membunuh Ketua Inspektor Chin Chin Kou pada 12 Julai 1973 di Serdang, Kedah. Diikuti 3 bulan kemudian, Detektif Sarjan Chong Kek Oh yang mati ditembak di Sungai, Siput, Perak.

13. Pada 3 Januari 1974, Detektif Konstabel Lee See Kaw telah mati ditembak di Malim Nawar, Perak, diikuti pembunuhan terhadap Detektif Sarjan Lee Yoon Chin pada 20 April 1974 di Melaka. 4 hari kemudian, Detektif Konstabel Ong Soon Chua yg mati ditembak di Chemor, Perak.

14. Pada 6 Jun 1974, komunis bertindak lebih kejam apabila menembak mati Ketua Polis Negara, Tan Sri Abd. Rahman Hashim semasa beliau berada di dalam keretanya di Jalan Raja Chulan, Kuala Lumpur.

15. Komunis telah mengebom Tugu Negara pada 26 Ogos 1975 hingga mengakibatkan kerosakan besar.

16. 2 minggu kemudian, komunis telah melemparkan bom tangan ke arah kem Pasukan Polis Hutan (PPH) yg terletak di Jalan Pekeliling, Kuala Lumpur, membunuh 2 orang anggota dan mencederakan 41 anggota yang lain.

17. Pada 13 November 1975, Ketua Polis Perak, Tan Sri Khoo Chong Kong telah dibunuh di Ipoh semasa berada di dalam kereta. Kejadian tersebut turut meragut nyawa pemandunya Sarjan Yeung Peng Cheong.

18. Antara tahun 1969 hingga 1978, seramai 395 anggota pasukan keselamatan telah terbunuh, manakala 919 yang lain cedera.

19. Seramai 70 orang awam telah terkorban, manakala 75 yang lain tercedera dalam tempoh 1968 hingga 1982. 

Sebenarnya kalau nak cerita kekejaman komunis ni bukan banyak nih , berbuku-buku kita boleh tulis !! 

Apapun kerajaan harus berhati-hati dengan golongan fahaman komunis yang mahu segarkan semula komunis di Malaysia dengan taktik licik mereka !!! 


No comments:

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive