sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Friday 12 July 2013

SAH PALANIVEL PENGERUSI BARU MIC KEDAH MULAI ESOK !! #HanyaDiKedah @MukhrizMahathir @NajibRazak

Datuk Seri G. Palanivel

Presiden MIC Datuk Seri G. Palanivel akan mengambil alih jawatan Pengerusi MIC Kedah, mulai esok bagi memperkukuhkan lagi parti, di negeri itu.

Dalam kenyataan di sini hari ini, Palanivel berkata, beliau akan mengadakan perbincangan dengan MIC bahagian secara tetap sekurang-kurangnya dua kali sebulan, untuk memahami dan menyelesaikan isu di sana.

Esok, beliau dijangka memulakan lawatan ke Kedah untuk bertemu Pengerusi Cawangan dan Bahagian dari Merbok, Jerai dan Sungai Petani dan mengadakan mesyuarat tetap dengan mereka.

"MIC Kedah perlu bergerak ke hadapan. Saya membuat keputusan (untuk mengambil alih sebagai Pengerusi Kedah) bertujuan mengukuhkan asas parti di negeri itu," kata Palanivel yang juga Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar.

Difahamkan pengambilalihan kepimpinan didorong oleh aduan daripada beberapa pengerusi MIC di negeri itu, berikutan pelbagai masalah yang dihadapi kepimpinan.

Mengenai status Pengerusi MIC Kedah S. Ananthan dan jawatan lain, Palanivel berkata perkara itu akan diputuskan kemudian.

Sementara itu, Timbalan Pengerusi MIC Kedah M.L Maran mengalu-alukan keputusan Palanivel dan berharap ia akan membawa perubahan positif dalam penjenamaan semula MIC negeri.

"Ia penting untuk mengukuhkan kedudukan MIC di Kedah. Pengambilan beliau akan lebih membantu dalam usaha untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi masyarakat India dan mengembalikan amanah rakyat," katanya kepada Bernama ketika dihubungi.

Maran mengucapkan terima kasih kepada Ananthan atas sumbangan beliau kepada parti. - Bernama

No comments:

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive