sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Wednesday 10 July 2013

TUDIAA !!! PROF UKM SYOR TENTERA SIBER BN DITUBUH !!! @NajibRazak @Tunfaisal



Kuala Lumpur: Kerajaan disaran mewujudkan pasukan tentera siber yang berperanan menjawab tohmahan pembangkang terhadap Barisan Nasional (BN) yang disiarkan blog propembangkang melalui media sosial Internet di Malaysia.

Pensyarah Geo-Politik, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Profesor Madya Dr Mohd Fuad Mat Jali berkata, keperluan itu amat mendesak hari ini memandangkan trend generasi muda yang lebih cenderung mengikuti perkembangan politik negara melalui Internet.

Menurutnya, dalam kajian yang dilakukan di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) mendapati, bilangan belia yang mendapatkan maklumat politik daripada akhbar arus perdana terlalu sedikit berbanding laman media sosial.

“Lebih membimbangkan ialah apabila mereka berpandangan apa yang ditulis blogger terutama dalam blog propembangkang itu sahih dan boleh diterima bulat-bulat tanpa perlu membuat analisis dan ketiadaan pihak ketiga yang cuba menjelaskan fakta sebenar memburukkan lagi keadaan.

“Jadi bermula daripada sekarang, kerajaan perlu mewujudkan tentera siber yang berfungsi 100 peratus sepanjang masa untuk menjawab segala tohmahan dengan fakta yang dapat mengubah tanggapan belia terhadap kerajaan sedia ada,” katanya.

Dr Mohd Fuad yang juga Timbalan Dekan (Siswazah dan Hubungan Antarabangsa) UKM berkata demikian selepas membentangkan hasil kajian pada Seminar Antarabangsa Selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13): Analisis dan Implikasinya di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, di sini, semalam.

MyMetro 

Apj : Yang ada dulu dianaktirikan dan ditamatkan  ... Tahniah Dap kerana terus menyara RED BEAN ARMY 

No comments:

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive