sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Wednesday 28 August 2013

DARI SIDANG DUN KEDAH !!! TUDIAAA PHAHROLRAZI TAK HABIS LAGI MARAH TAN SRI AZIZAN !!! HABISLAH !!! @MukhrizMahathir



Isu KUIN menjadi pendebatan paling hangat didalam Sidang Dun negeri Kedah ni. Tapi dalam banyak-banyak perkara yang terjadi, tingkahlaku Phahrolrazi dalam Sidang Dun amat menarik perhatian.

Nampaknya dendam Pharolrazi terhadap Tan Sri Azizan Razak masih lagi berkesumat. Walaupun Tan Sri Azizan sudah kudung kedua-dua belah kaki dan sudah tidak mampu untuk buat comeback lagi dah dalam dunia politik Pas Kedah. Namun itu semua langsung tidak menjadi alasan untuk Phahrolrazi merasa simpati kepada Tan Sri Azizan Razak.

Dalam sidang DUN Kedah pagi tadi, Phahrolrazi telah mengejutkan semua wakil rakyat Pas apabila Phahrolrazi secara selamba meminta semua pihak berhenti daripada mempolitikan isu KUIN, dan Phahrolrazi juga meminta Kerajaan Negeri supaya mengeluarkan kertas putih bagi menceritakan secara detail mengenai isu KUIN, seperti siapa yang bertanggungjawab, kenapa dan mengapa masalah di KUIN terjadi.

Saranan yang dibuat oleh Phahrolrazi ini jelas menunjukkan yang Phahrolrazi mahu membalas dendam kepada Tan Sri Azizan Razak, kerana Tan Sri Azizan Razak dan bekas rektor KUIN si Jamil la yang bertanggungjawab merosakkan KUIN, malah dalam sidang DUN Kedah kali ini,wakil-wakil rakyat Pas yang pro Tan Sri Azizan mahu menggunakan isu KUIN untuk menghentam Kerajaan BN Kedah, tapi nampaknya Phahrolrazi yang meminta isu KUIN ditamatkan serta meminta kerajaan keluarkan kertas putih bagi isu KUIN dimana nama Tan Sri Azizan Razak pasti akan tertulis sebagai antara makhluk-makhluk perosak yang merosakkan KUIN.

Dahsyat sungguh permainan politik si Phahrolrazi ni, hehehe.. cuba meletakan kesalahan Pas Kedah terhadap KUIN 'kesemuanya' terhadap Tan Sri Azizan. Selamatlah exco Pelajaran Dato Tajul masih waras dan tidak melayan permintaan si Phahrolrazi, kalau tak teruk lagi la orang tua tu kena.

Kenapalah, si Phahrolrazi ni tak puas hati lagi terhadap Tan Sri Azizan? Orang Tan Sri Azizan taknak kata apa-apa ka?

PETIKAN KEDAHKEKL

No comments:

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive