sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Thursday 22 August 2013

GEMPAR !!! APA PAK DIN BUAT KAT KEDAH LUSA NIH !!!! PANAS !!!! @MuhyiddinYassin @MukhrizMahathir @NajibRazak @tunfaisal #HariKoperasi13




Hari Koperasi Negara (HKN) adalah merupakan acara tahunan yang dianjurkan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) dengan kerjasama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan. Majlis ini diadakan sebagai pengiktirafan kerajaan kepada gerakan koperasi di atas sumbangan yang telah diberikan kepada pembangunan sosio ekonomi negara.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dijangka merasmikan sambutan itu pada 24 Ogos ini dan orang ramai dijemput hadir bagi meraikannya.

Lebih 40,000 koperasi di seluruh negara akan menyertai sambutan Hari Koperasi Negara yang akan diadakan di Dataran Darul Aman, Alor Setar, Kedah selama tiga hari bermula 23 Ogos ini.


Sambutan kali ini agak unik kerana Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) akan mengadakan serentak dengan sambutan Hari Raya Aidilfitri dan Hari Kebangsaan.

Pelbagai aktiviti telah disusun bagi memeriahkan sambutan itu yang turut disertai pertubuhan koperasi dari luar negara.

Antara acara yang menarik perhatian pengunjung adalah ekspo dan pameran, Forum Perdana, TV Game Show, Bersama Selebriti Terkenal Tanah Air, Pertandingan Tomoi, Auto Show dan banyak lagi.

No comments:

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive