sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Saturday 31 August 2013

PANAS !!! PEKIDA BUKAN KUMPULAN KONGSI GELAP !!! #PEKIDAMALAYSIA

Dakwaan hubungan dengan Pekida disiasat



Polis akan menyiasat bagi mengesan sama ada wujud kegiatan kumpulan kongsi gelap Melayu yang didakwa mempunyai hubungan dengan Pertubuhan Kebajikan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida).

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7), Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Datuk Abdul Jalil Hassan berkata, pihaknya mendapat maklumat mengenai Geng Tiga Line, Geng 30 dan geng-geng kongsi gelap Melayu yang diumumkan kerajaan semalam didakwa mempunyai kaitan dengan pertubuhan itu.

"Kita akan siasat terlebih dulu, sama ada mereka ada kaitan dengan Pekida atau sengaja mahu dikaitkan dengan pertubuhan itu supaya tidak memburukkan nama Pekida yang sah di sisi undang-undang.

"Sehubungan itu juga kita harap orang ramai dapat menyalurkan maklumat berkaitan," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman hari ini.

Abdul Jalil berkata, orang ramai diminta tampil membuat laporan polis sekiranya mengetahui mana-mana orang kenamaan (VIP) atau artis terlibat dengan kegiatan kongsi gelap.

Dalam pada itu, Pekida dalam satu kenyataan hari ini memberitahu, pengumuman nama-nama kumpulan kongsi gelap semalam adalah selari dengan 'pemutihan' yang dilakukan oleh pertubuhan itu.

"Kumpulan 77, Tiga Line, Kumpulan 30 adalah penyakit dan liabiliti kepada pertubuhan Islam terutamanya Pekida.

"Pada tahun 2010 dan 2011, PDRM dan Pekida berjaya menghalang kumpulan 77 membuat majlis pengambilan ahli baru di Perak," ujar kenyataan itu.

SUMBER

1 comment:

Anonymous said...

PEKIDA adalah pertubuhan berdaftar yang sah///

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive