sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Saturday 19 October 2013

PANAS PEMILIHAN !! BONGKAK DAN SOMBONG HANTUI PEMENANG ?? #PemilihanUmno



Tidak dinafikan ada segelintir yang menang dalam pemilihan Umno ini , angkuh dan sombong di tambah mengata macam-macam kepada pihak lawan mereka. 

Bukan kesemuanya tapi itulah manusia , masa belum menang manis dan baik seperti merekalah yang sempurna . 

Apj menyokong nasihat Presiden Umno kepada mereka yang menang dan tewas pada pemilihan ini.

Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak mengingatkan mereka yang menang dalam pemilihan UMNO supaya tidak terlalu ghairah dan angkuh, sebaliknya sedar akan tanggungjawab dan amanah besar yang digalas dalam perjuangan membela bangsa dan agama.

Sambil meminta mereka "menghulurkan tangan persahabatan" kepada yang kalah, Perdana Menteri berkata calon yang menang perlulah tawadduk, bahawa perjuangan UMNO memerlukan barisan kepimpinan yang bersatu bagi menghadapi cabaran mendatang.

"Yang tak berjaya, ini bukan penamat perjuangan mereka, ini satu proses dalam perjuangan, perlu terus berjuang dan beri sumbangan kepada parti," katanya ketika ditemubual menerusi program Selamat Pagi Malaysia, sebelum menghadiri mesyuarat perwakilan UMNO Bahagian Pekan, di Dewan Konvensyen Sultan Ahmad Shah di sini, pagi ini. Najib yang menang tanpa bertanding bagi jawatan ketua bahagian itu berkata, pemilihan kali ini adalah hasil proses transformasi yang dilakukan pada Perhimpunan Agung UMNO 2009, dalam usaha ke arah menjadikan parti lebih telus dan demokratik.

Kira-kira 146,000 anggota akar umbi diberi hak menentukan pimpinan peringkat bahagian dan saf tertinggi kepimpinan parti itu berbanding sebelum ini hanya 2,500 perwakilan menentukan nasib pemimpin Majlis Tertinggi semasa perhimpunan agung UMNO. - BERNAMA

No comments:

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive