sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Sunday 10 November 2013

100 HARI MENJADI ADUN KUALA BESUT @TengkuZaihan @NajibRazak @idrisjusoh


100 HARI MENJADI ADUN KUALA BESUT TERENGGANU 

     

      

       




       



      


       



      


PILIHANRAYA KECIL N20 DUN SUNGAI LIMAU 


       


        


       


      



      

      

      


      

     



Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kuala Besut, Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman, 37, berazam memberi komitmen terbaik bagi membawa suara rakyat pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) kali ini, untuk bersama-sama meneruskan khidmat cemerlang Barisan Nasional (BN) khususnya di DUN Kuala Besut.

Katanya, dia bersyukur ke hadrat Ilalhi dan tidak lupa kepada pengundi kawasan Kuala Besut yang mempercayai dan memberi mandat besar kepadanya untuk membuat perubahan.

“Saya mahu menunaikan hajat pemimpin BN supaya membantu menyelesaikan masalah penduduk tempatan dan membangunkan kawasan Kuala Besut.

“Pada masa sama, bersedia mengikut apa sahaja kehendak pucuk pimpinan parti kerana matlamatnya ingin bekerja untuk rakyat.

“Agenda dan usaha dilakukan arwah,Dr A Rahman Mokhtar yang masih belum selesai akan diteruskan, antaranya mendalamkan muara Kuala Besut, masalah penempatan penduduk serta meneruskan pelaksanaan Rancangan Kawasan Khas (RKK) Kuala Besut,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada sidang DUN, di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, hari ini.

“Saya turut merancang untuk meningkatkan ekonomi dan menambah peluang pekerjaan di kalangan penduduk terutama yang bergantung kepada rezeki laut dan tanaman,” katanya.

Dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Kuala Besut, 24 Julai lalu, calon BN Tengku Zaihan berjaya menewaskan calon Pas, Endot@Azlan Yusof dengan majoriti 2,592 undi.

Tengku Zaihan memperoleh 8,288 undi mengalahkan Azlan atau lebih dikenali Che Long yang mendapat 5,696 undi. Kemenangan Tengku Zaihan itu sekaligus mengekalkan kedudukan kerusi 17 BN 15 PR sebagaimana kedudukan asal selepas PRU13 lalu. - http://teganukita.blogspot.com 

- UCAPAN SEMPENA 100 HARI 

' Saya akan sentiasa berkhidmat kepada masyarakat demi kepada Agama , Bangsa dan Negara kita , menyeru kepada kita semua agar sentiasa bersatu padu dan mengamalkan wassatiyyah Tonggak Perpaduan Ummah selaras Tema sambutan Maal Hijrah 1435H' 

No comments:

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive