sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Thursday 21 November 2013

BLOGGER/FACEBOOKER KEDAH DIBAKUL SAMPAHKAN BN KEDAH ?? @NajibRazak @AhmadMaslan @TengkuAdnanReal @MukhrizMahathir



Sambil menulis ni terdegar lagu Jamal Abdillah , antara bait-baitnya adalah ' dari desa ku merantau , ku memburu cita-cita , walau apa rintangannya , ku cuba mencari bahgia , keluhanku di rantauan , tak siapa mendengarkan , mungkin esok kan ku temui sinaran cinta suci '  

Aku nak ubah lirik tu jadi ' dari kota ku merantau ke desa , ku memburu ... kemenangan Barisan Nasional ... walau apa rintangannya , ku cuba memenangginya , dan akhirnya menanglah sudah .. tepi kini..... medan ini kurasa kan sepi... keluhan di rantauan , tak siapa mendengarnya .. mungkin esok ku temui sinaran cahaya suci ' ... 



SEBELUM PRU13

Aku tak nak cerita lebih pasal sebelum , kang di katakan pulak duk ungkit mengungkit !! apapun genaplah setahun aku kembali berjuang di Kedah bersama sahabat-sabahat aku dalam TMK setelah bertahun-tahun lamanya berjuang di tempat orang. Semuanya kerana sedih melihat Kedah lemah di rampas oleh Pas dahulu di tambah lagi dengan kelemahan BN Kedah.

Setahun yang aku anggap 'bolehlah' bagi kehidupan aku , sebenarnya dah lama aku nak luahkan tentang ini tapi kini keluaq jugak la.. Macam-macam aku dan sahabat-sahabat lalui ,makan , minum , lapar, dahaga , turun gunung naik gunung , redah sungai , parit longkang , redah pusat pelacuran , disko , pub dan macam-macam lagi , yang kadang-kadang hanya dibekalkan rm50-150 untuk setiap tugasan tapi kami tidak pernah persoalkan kerana apa ?? kerana mahu menangkan BN dan bongkarkann kejahilan pemerintah dahulu. itulah harga pengorbanan kami.



Jangan persoal perjuangan kami , kami juga perlukan duit untuk berjuang padahal lebih dari itu kami telah juangkan. Sanggupkah mereka-mereka lakukan seperti kami jika tiada wang ?? tupun tak pandangnya setakat rm50-150 setiap tugasan !!

Aku tak perlu cerita panjang lebar tentang perjuangan kami di Kedah , kerana sejarahnya telah tercatit di media maya sepanjang beberapa tahun ini. Ada juga tugasan yang kami buat sendiri telah di ciluk oleh agensi-agensi dengan bangga menyatakan merekalah yang buat benda tu.. huh !!

Aku sebenarnya bangga sebelum pru13 lalu , kerana banyak program yang di buat semangnya kami dijemput untuk membuat liputan tak kiralah ceramah ka , sidang dun ka , jumpa penduduk ka , tengok orang sakit ka , karnival ka semua di jemput ... itu sebelum PRU13 lalu ..

Aku nak ingatkan mereka-mereka yang sombong mengatakan BN Kedah kini kuat , itu hanya cakap-cakap bongkak akibat kemenangan Barisan Nasional dalam PRU13 lalu. Jangan lupa yang bahawa salah satu punca besar kemenangan BN Kedah adalah dari kelemahan dan pergolakkan teruk dalaman Pas sendiri.

Sebelum Pru13 kami ni adalah di berikan sedikit elaun untuk bekalan berjuang di Kedah oleh pihak pusat yang menghargai pengorbanan kami selama ini , tetapi ia hanya sampai bulan 6 sahaja .. apapun itu dah cukup buat kami bersyukur kerana rasa di hargai oleh pusat.


SELEPAS PRU13 

Bulan ini genaplah setengah tahun BN Kedah kembali memerintah Kedah , macam-macam banda telah dibuat dan boleh dibanggakan yang di ketuai oleh Datuk Paduka Mukhriz Mahathir sebagai Menteri Besar Kedah.

Macam-macam program juga yang dibuat oleh kerajaan BN yang kadang-kadang buat aku menitik air mata terkenang nasib aku dan sahabat-sahabat .. Setakat 6 bulan lalu sahajakah kami di perlukan dan di hargai ?? Selepas Pru13 banyak dengar pemimpin-pemimpin BN Kedah dan orang-orang mereka dibawa bercuti dan melancong di luar negara sedangkan kami hanya melancong dalam rumah menulis dan mendedahkan pelbagai isu pembangkang tanpa rasa muak dan jemu.

Ada dengar juga bau-bau untuk kami tapi hanya indah mulut dari longkang saja.. ia berlalu bak angin laut Tanjung Dawai yang menbelai dan hilang. Nak jumpa pemimpin BN dulu senang saja , sekali call terus jawab , la ni bila dah menang , sepuluh kali call , tak angkat-angkat !! inilah perjuangan , anggap ja pemimpin itu dan ini sibuk uruskan masalah rakyat kan !!

Nampaknya dah 6 bulan kami berjuang tanpa peluru , masihkah diri aku dan sahabat-sahabat aku terus bertahan berjuang di negeri kelahiran yang dah selesa menang !! Tuhan saja yang tahu !! Nak minta kerjapun susah , bukan minta duit , nak minta kerja untuk dapatkan duit untuk terus berjuang !!

Butakah mata mereka atau buat-buat tak nampak manusia yang mereka pernah minta tolong dan bantu mereka dahulu !! opsss mungkin aku dan sahabat-sahabat bukan kroni kot !!

Terasa dibakul sampahkan apa jua pergorbanan dan perjuangan selama ini !! Aku bangga dengan negeri-negeri lain yang terus menggunakan khidmat pejuang-pejuang maya seperti Selangor !! tahniah kepada pemimpin-pemimpin mereka yang terus berjuang bersama pejuang maya demi merampas kembali Selangor.

Buat pemimpin-pemimpin BN Kedah ... Ini baru permulaan , jangan bongkak dan ego !! Anda di perhatikan rakyat !!

Buat sahabat-sahabatku dalam TMK ... Kita tetap bersama dalam pasukan susah atau senang !!






3 comments:

ZanSala said...

Buat kerja ikhlas lah krn Allah SWT sbb anda semua bukan dilantik spt kakitangan Krjn. Cuma bila awal2 dh buat keje volunteer jgn lah sikap tu mula nk mengeluh.

Mcm kutu jaga parking lah.. xdk sapa pun suruh dia mai gawang tangan utk ajaq kita parking.. tp dia yg terhegeh2 nk gawang ikut sedap dia.. kita ada cara kita nk masuk parking..tp dia duk PERASAN mcm kita ni bergantung kt dia utk masuk perking.. ok laa kita tk kisah.. tp alih2 lepas kita nk keluar dr keta.. dia mai sua tangan buat muka taik mintak duit??? hangpa besa kena dk lagu ni?? hangpa rasa apa? kesian? hangin?? meluat?? rasa nak penumbuk??

so jgn hangpa pun jd lagu tu la.. aku selalu masuk blog hangpa.. buat mana yg baik.. tk ungkit lebih mulia sbb Allah pasti balas lbh besar dr yg hangpa harap..

tp bila dh mula ungkit mcm ni mgkin ada manusia yg akan cuba bantu hangpa tp kecik ja la balasannya dan mungkin x cukup mana... sb yg nk bg cukup. berkat ni Tuhan. bkn manusia..

wallahualam..

Anonymous said...

Ya.....mohon kerajaan BN paling tidak bantu dan beri sumbangan elaun kepada pihak2 seperti bloggers yang terbukti pro umno di kedah....faktor terbesar kejayaan BN adalah dari bloggers sendiri.....tanpa mereka, maklumat sebenar xsampai kepada pengundi muda......dan pihak atasan BN, tengok2 kanlah staf2 kamu yang terang-terangan sokong pembangkang.....yang sokong kerajaan nie, kalau xornag tuanya, anaknya juga mestilah diberi perhatian......at least sebuah pekerjaan yan terjamin dari kerajaan negeri, bukan kepada kroni tetapi kepada rakyat seperti kami......sebab banyak rakan2 kami yang membangkang kerja kerajaan BN, tetapi yang menyokong masih terkapai2.....mohon usaha dari pihak BN negeri kerana kami menyokong sepenuhnya kerajaan BN Kedah.......

maae said...

Jumpa terus MB. Dalam kumpulan terlibat. Buat satu proposal dan objektif bakal di laksanakan dan cadangan-cadangan bernas di mana pihak anda boleh memberi sumbangan sokongan tanpa rebah yang terbaik.

Ikut protokol. Buat temujanji. Luah semua dalam perjumpaan. Cadangkan mesyuarat berikut nya. Minitkan. Paling penting saradiri dan peruntukan dari BN / Umno sehingga PRU 14. Lihat prospek selepas itu.

MB perlukan maklumat dari corok hingga ke bandar. Beliau ingin tahu pergolakan dan kehendak rakyat Kedah terkini. Beliau pasti tidak menolak mengadakan pertemuan. Beliau memang memerlukan sokongan semua lapisan.

Dulu menjadi pembangkang dalam kerajaan PAS banyak waktu lapang terluang. Sekarang tentu sibuk.

Coutesy Call, please ! Usahakan.

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive