sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Saturday 9 November 2013

MELAMPAU !!! PENDUDUK LANGKAWI MENGAMOK TERDAHAP PENGUSAHA FERI !!! @MukhrizMahathir @NajibRazak


Apa dah jadi nih??? Pengusaha feri Langkawi makin melampau apabila mereka dikatakan bakal menamatkan pemberian diskaun khas kepada penduduk langkawi bagi perjalanan pergi balik ke tanah besar di Jeti Kuala Kedah dan Kuala Perlis bermula 15 November ini. 


Apj juga mendapat maklumat bahawa syarikat pengusaha feri terbabit mahu menaikkan harga tiket ke Pulau Langkawi , apa yang paling kejam adalah mengenai sikap tamak pengusaha feri ini , segala diskaun khas yang diberikan untuk penduduk Langkawi mahu di hapuskan. 

Jika syarikat berkenaan naikkan harga tiket feri ke Langkawi, ini bermakna syarikat berkenaan sudah melanggar perjanjian asalnya bersama TPM TS Muhyiddin Yasin yang melarang harga tiket feri ke Langkawi dinaikkan dan diskaun khas untuk penduduk Pulau Langkawi.

Kita semua tahu bahawa Langkawi adalah pusat pelancongan terkenal di dunia dan di tambah lagi akan musim cuti sekolah akan bermula pertengahan bulan ini jadi pengusaha terbabit mahu mengambil kesempatan ke arah itu, kena ingat rakyat punya kuasa untuk menidakkan perkara ini. Jangan sampai rakyat muak dengan helah pengusaha terbabit !!

Apj rasa elok juga kerajaan mengkaji kembali cadangan untuk membina jambatan ke Pulau langkawi dari tanah besar seperti Pulau Pinang , mungkin kos agak mahal tapi itu cara terbaik bagi menggalakkan ekonomi Langkawi mahupun tanah besar dan dapat ajar sikit syarikat-syarikat ini. 



No comments:

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive