sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Tuesday 25 March 2014

#MH370 : FBI SIASAT ISTERI KAPTEN ZAHARIE #PRAYFORMH370



Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) akan menyoal isteri Kapten Zaharie Ahmad Shah menurut laporan tabloid British, Daily Mirror.

Laporan pada Isnin menyatakan bahawa isteri dan ibu kepada tiga orang anak, Faizah Khan akan disoal dalam penyiasatan yang disokong oleh FBI dalam usaha mencari pesawat MH370 yang hilang yang telah memasuki minggu ketiga.

Ejen perisikan Amerika dikatakan akan menerajui siasatan menjurus kepada latarbelakang Zaharie, 53, dan pembantu juruterbang beliau Fariq Abdul Hamid, 27.

Walau bagaimanapun tabloid itu memetik sumber yang rapat dengan siasatan sebagai berkata bahawa semakan terhadap Fariq hampir selesai dan setakat ini tidak menunjukkan sebarang tanda yang dapat membantu siasatan, yang bermaksud Zaharie kini menjadi tumpuan.

Ia memetik sumber sebagai berkata: "Nampaknya tidak apa-apa dalam kehidupan Fariq Hamid yang dapat mencadangkan motif rampasan.

"Kehidupan peribadi Zaharie, bagaimanapun, adalah jauh lebih rumit dan sedang dalam proses untuk membongkarkannya."

Laporan itu menambah siasatan FBI akan cenderung kepada kehidupan peribadi Zaharie termasuk hubungannya dengan keluarga dan kecenderungan politik beliau.

Mereka juga dikatakan berminat untuk memeriksa laporan bahawa Zaharie menerima panggilan telefon dua minit sebelum berlepas daripada seorang wanita misteri menggunakan nombor telefon bimbit yang diperolehi menggunakan identiti palsu.

Polis Bukit Aman bagaimanapun pada hari Ahad menafikan laporan tabloid British Daily Mail mengenai panggilan misteri dengan menyatakan ia spekulasi semata-mata.

The Daily Mirror juga melaporkan bahawa FBI berharap untuk mencari petunjuk dari tiga skrin simulator penerbangan rumah Zaharie di mana beliau bermain tiga permainan - Flight Simulator X, Flight Simulator 9 dan X- Plane 10.

Ejen FBI di Amerika Syarikat terus memeriksa cakera keras simulator dalam usaha untuk mendapatkan apa-apa petunjuk tentang apa yang mungkin telah berlaku atau mengenai fail yang telah dipadam, menurut laporan.

Pihak berkuasa juga dikatakan telah menamatkan pusingan kedua tapisan bagi setiap penumpang, termasuk dua warga Iran yang membuat kunjungan menggunakan pasport palsu.

No comments:

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive