sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Sunday 13 April 2014

HOT NEWS : AZMIN ALI BAKAL TINGGALKAN ANWAR IBRAHIM ????? TUDIAAA !!!


Mulakan Langkah Dengan Tinggalkan Anwar Ibrahim

Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali perlu keluar daripada kepompong Datuk Seri Anwar Ibrahim sekiranya benar-benar mahu menjenamakan semula parti tersebut.

Sehubungan itu kata Mursyidul Am Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (TIBAI), Muhammad Zahid Md. Arip, langkah pertama yang perlu dibuat oleh Azmin bagi tujuan tersebut ialah dengan meninggalkan Anwar.

Namun katanya, amat mustahil impian Azmin itu akan tercapai kerana matlamat asal penubuhan PKR adalah demi menjayakan cita-cita besar Ketua Pembangkang itu untuk menjadi Perdana Menteri.

"Selagi beliau berterusan mempertahankan segala pembohongan Anwar, maka beliau tidak layak untuk membuat kenyataan kononnya PKR bukan milik Anwar," katanya ketika kepada pemberita semalam.

Kelmarin Azmin menyatakan parti itu harus keluar daripada terus dibayangi Anwar demi survival parti berkenaan dalam landskap politik semasa.

Menurutnya, PKR yang ditubuhkan lebih 15 tahun lalu perlu bergerak ke hadapan untuk menghadapi keadaan yang semakin mencabar.

Kenyataan itu sekali gus menimbulkan keraguan dan sejuta persoalan memandangkan beliau sendiri mengakui selesa bekerja bersama Anwar dan isterinya, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail.

Dalam pada itu, Muhammad Zahid turut mencabar Ahli Parlimen Gombak itu untuk menyatakan secara terbuka siapakah calon Presiden PKR pilihannya apabila wujud pertembungan pencalonan suami isteri antara Anwar dan Wan Azizah.

Katanya, pencalonan yang disifatkan sebagai `pertandingan luar tabii' itu merupakan pertama kali berlaku dalam sejarah politik dunia.

"Saya boleh bayangkan pakatan pembangkang akan teruk menghentam UMNO sekiranya jawatan Presiden UMNO dicabar oleh isteri Perdana Menteri sendiri, Datin Seri Rosmah Mansor," ujarnya.

Menurutnya, kenyataan Azmin untuk menjenamakan semula parti tersebut amat meragukan dan sekadar untuk memancing undi menjelang pemilihan parti tidak lama lagi.

RAKYAT NEWS 

No comments:

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive