sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Monday 7 April 2014

ISU PANAS !!! DAP KEDAH BALUN AHLI CEC DAP ZAIRIL KHIR JOHARI SOMBONG DAN BONGKAK !! TUDIAA !!! #CECDAP #DAP


Pengerusi DAP Kedah, Lee Guan Aik tidak gentar dengan ancaman dikenakan tindakan disiplin oleh DAP Pusat jika beliau meneruskan hasrat me­ngadakan mesyuarat agung tahunan dan memilih Ahli Jawatankuasa (AJK) DAP negeri yang baharu pada Jun ini.

Guan Aik berkata, Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) termasuk Majlis Disiplin juga masih belum diiktiraf oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS), justeru bagaimana tindakan disiplin itu akan dikenakan terhadap beliau.

"Saya ingin jelaskan keadaan sebenar kepada semua ahli DAP agar mereka tidak keliru dengan satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Ahli CEC DAP, Zairil Khir Johari yang kata parti akan ambil tindakan jika saya adakan mesyuarat agung tahunan.

"DAP belum ada CEC lagi yang sah termasuk Majlis Disiplin dan kalau belum ada, Zairil hendak ambil tindakan kepada saya atas kuasa apa?

"Mesyuarat agung tahunan ini akan tetap dijalankan pada Jun nanti dan kita akan hantar surat kepada 10 cawangan yang sah untuk menghantar wakil menyertai mes­yuarat ini," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat DAP Kedah, semalam.

Beliau mengulas kenyataan Zairil semalam bahawa mesyuarat agung tahunan yang akan diadakan Jun itu tidak sah kerana belum mendapat persetujuan DAP Pusat.

Guan Aik mungkin dikenakan tindakan tatatertib oleh parti jika terus mengadakan mesyuarat agung tahunan itu.

Menurut Guan Aik, adalah menjadi tanggungjawab beliau sebagai pengerusi yang disahkan jawatannya oleh ROS untuk menjalankan mesyuarat agung tahunan mengikut kehendak perlembagaan parti.

"Saya hanya jalankan mesyua­rat agung tahunan kerana saya menghormati undang-undang dan Zairil sebagai seorang wakil rakyat perlu faham dan hormati undang-undang.

"Saya sangat menyesal dengan apa yang dinyatakan oleh Zairil ke­rana dia tidak menyokong kebenaran dan tidak menghormati undang-undang demi kebaikan DAP.

"Sebaliknya Zairil cuba mengancam saya dengan tindakan disiplin yang mungkin diambil dan dia sangat sombong serta angkuh," ujarnya.

Dalam pada itu, Naib Pengerusi DAP Kedah, Zainol Endut berkata, AJK DAP Kedah telah mencapai kata sepakat dan mahu meneruskan agenda mengadakan mesyuarat agung tahunan pada Jun ini.

"Kami tidak kisah dengan ancaman dikenakan tindakan disiplin oleh DAP Pusat kerana kami berdiri di atas kebenaran. Apa tindakan yang akan dikenakan kepada kami pun kami tidak kisah termasuk digugurkan keahlian," katanya.

RAKYAT NEWS

No comments:

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive