sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Saturday 12 April 2014

TUDIAA !!! MAWAR FAREEDA KENA SEMBUR DENGAN ORANG MISKIN KERANA MELAMPAU





Anak kepada Pengasas Tudung jenama Fareeda, Mawar Abdul Karim dibidas pengguna laman sosial ekoran kenyataan yang dikeluarkan olehnya berhubung tudung keluaran jenama tersebut yang terlalu mahal.

Mawar menerusi laman Facebook Mawar Fareeda Fanpage berkata, pelanggan (wanita) seharusnya melihat kepada kemampuan diri jika ingin berfesyen.

Kata-kata tersebut dibalas oleh Mawar selepas mendapat komen daripada Norkamisah Sharil yang berpendaat harga tudung keluargan jenama tersebut terlalu mahal dan tidak mampu dibeli oleh sesetengah golongan.

"Fareeda mahal..kesian orang tak mampu tapi nak sangat bergaya ala Mawar,tu yang orang lain tolong buatkan yang sama tapi murah..apa salahnya...orang yang beli tu yang kena adil,kalau dah kaya..beli lah yang original...yang tak original hanya untuk orang yang tak mampu (beli original) ," kata Norkamisah.


Mawar yang juga merupakan isteri kepada Fizo Omar itu membidas komen tersebut dengan berkata, kalau mahu berfesyen kena tengok kemampuan diri.

"Nurkamisah Sharil : Jika ingin berfesyen, tengoklah kemampuan diri. FAREEDA ada juga menawarkan scarves di bawah RM100. Jika tidak mampu menabung, dan jangan risau jika membazir sebab FAREEDA ada harga untuk preloved," bidas Mawar.

Isu tudung eksklusif Jenama Fareeda ini mula mendapat perhatian umum apabila, pihak bahagian Penguatkuasaan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) telah menyerbu premis yang menjual tudung tiruan jenama tersebut.

Dalam serbuan tersebut enam premis perniagaan di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor terlah diserbu dan sebanyak 1,225 helai tudung dengan anggaran nilai RM77,065.00 disita.

Rekaan yang dirampas itu ialah model 'Fareeda Aisya' dan 'Fareeda Mariya' yang dilindungi di bawah Akta Hakcipta 1987.

Ekoran daripada kenyataan Mawar itu, pengguna laman sosial memberikan reaksi negatif kepada anak pengasas tudung eksklusif itu.


3 comments:

My LADY said...

Mawar berhak mempertahankan tudung designnya kerana ianya hak ideanya. Dalam perundangampun dia berhak setelah didaftarkan paten tersebut. Mungkin kita kena kembali kepada konsep bersederhana dalam bergaya dengan kemampuan kita. Jangan sampai biar papa asal bergaya menguasai diri kita. sebagai perempuan saya faham naluri perempuan yang mahu menarik dlm berfesyen. Agaknya lambakan tudung ala fareeda membuatkan saya skrg antara pemakai jenama itu berehat seketika kerana membeli dgn harga agak mahal tetapi jika berdiri bersama individu yg menyarung tudung meniru.. org yak bertanggapan yg saya menyarung tudung lbh mahal dari wanita yg berdiri sebelah saya. Ia menjadi pembelian tidak berbaloi pd diri saya.

Apapun, saya faham. Ketegasan seperti ini ada respond negatif kepada pengguna tudung yg suka mengikuti trend terkini. Cuba anda bygkan jika anda adalah pemilik produk tersebut. Tetapi produk anda ditiru. Kemungkinan produk anda tidak mendpt permintaan byk lagi kerana produk tiruan yg jauh murah akan menjadi sasaran mrk yg mahu membeli brgan jauh lebih rendah

Anonymous said...

Kalau enterpreneur sanggup membayar paten, saya rasa tak salah kalau dia gi laporkan sesiapa yang meniru patennya itu ditangkap. Macam dululah orang tak mampu beli iphone, samsung keluar lebih kurang je terus orang beli.. so iphone saman jelah..
Tak paham aku orang sapai tidur punya nak tunggu tudung fareeda ni bukak kedai..maknanya bagusla tu

Anonymous said...

Senang cita... Yg ckp tu pakai tudung ikut syariat ke.. Klu tudung pendek.. Ada selendang bleh tutup dada.. Yg duk kata fesyen ikut kemampuan tu tu mmg la tudung mahal... Ni ada yg beli handbeg makan ratus.. Tudung rege 70 pon x mampu beli.. Org yg cipta brand mmg la marah tiru payen dia.. Ce klu tiru paten Adidas ke nike ke... Try la buat nak tgok Pa jadi... Yg nak jatuh kan tu org melayu jgk... Klu tudung dia mahal x payah la beli.. Yg nak dok buat kontrovesi pasal dia ckp dia ckp cenggitu apakejadah nya... Ce pg jatuh kan brand luar.. Ada x org dgr.. Tu nama nya hasad.. Pasal tudung tu pendek tu dia ngan tuhan.. Awk pon x tau lagi ke syurga or neraka..

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive