sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Thursday 29 May 2014

HOT NEWS : CHEGUBARD DI GANTUNG KEAHLIAN PKR SERTA MERTA



Aktivis politik dan ahli PKR Badrul Hisham Shaharin digantung keahliannya dari parti tersebut ekoran dakwaan berlaku kepincangan pada pemilihan parti sebelum ini.

Pengerusi Lembaga Disiplin PKR Datuk Dr Tan Kee Kwong berata, Badrul atau dikenali sebagai Chegubard digantung keahliannya selepas lembaga disiplin parti menyiasat perkara tersebut dan dibentangkan dalam mesyuarat biro politik PKR.

“Sdr Badrul Hisham Shahrin akan diberi surat tunjuk sebab dan digantung keanggotaan parti serta-merta sehingga siasatan selesai,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Badrul sebelum ini mendedahkan politik kotor dan tidak telus pada pemilihan parti tersebut di beberapa kawasan terutama di Sarawak.

Katanya, kepincangan dapat dilihat di salah sebuah cabang apabila kehadiran ahli mengundi tidak begitu ramai namun kertas undi yang ditanda jauh lebih banyak daripada jumlah kehadiran.

Ujarnya lagi, pengawas pilihan raya di kawasan tersebut turut bertindak berkempen bagi pihak calon yang jelas bertentangan dengan etika pemilihan.

rakyat news 

No comments:

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive