sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Wednesday 21 May 2014

HOT NEWS : FATHUL BARI KECAM PRINSIP PERJUANGAN PAS #MohPilihMah



Tokoh Agama, Dr. Fathul Bari berpendapat bahawa isu pemilihan pemimpin pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan tidak seharusnya dijadikan masalah oleh kerana perbezaan agama dan perjuangan.

Mengambil contoh calon PRK Bukit Gelugor, Exco Pergerakan Pemuda UMNO itu turut mempersoalkan tindakan PAS yang terus menyokong calon DAP dan menolak calon daripada parti mereka yang bertanding sebagai calon bebas walaupun memperjuangkan ajaran agama dan Allah.

"Bukit Gelugor sekarang, apabila ahli PAS sendiri yang bertanding iaitu seorang Islam bernama Mohamed Nabi Bux Mohd Nabi Abdul Sathar dimana tidak mendapat sokongan daripada sahabat-sahabat parti PAS.

"Sahabat-sahabat PAS menyokong anak Karpal Singh (Ram Karpal) berbanding dengan Mohamed Nabi Bux yang membawa perjuang agama demi mempertahankan hudud akan tetapi malangnya PAS tidak menyokong beliau. Mengapa isu itu tidak mainkan disana, kenapa harus berlaku di sini,"katanya ketika berucap di Sekolah Kebangsaan Kampung Selabak, hari ini.

Tambah beliau, PAS tidak seharusnya memainkan isu seperti ini kerana ianya seolah-olah memainkan dengan agama Islam.

"Saya meminta kawan-kawan daripada PAS jangan main isu muslim dengan muslim, muslim dengan bukan muslim berhenti daripada main isu seperti ini. Jikalau main isu seperti ini diibaratkan kalian sedang bermain dengan agama Allah,"ujarnya.

Fathul menegaskan, PAS terlalu berlembut hati apabila calon daripada DAP, Dyana Sofya menolak perlaksanaan hudud dengan memberi alasan calon mengikut pendirian parti yang diwakili.

"Apabila saudari Dyana Sofya memceritakan tentang hudud, PAS mengatakan tiada masalah kerana perkara tersebut adalah pandangan peribadi beliau. Mereka tidak pula menjatuhkan hukum terhadap calon tersebut.

"Sekiranya pemimpin UMNO mengatakan serba sedikit tentang hudud mereka dengan pantas menjatuhkan hukum seperti kafir, fasikh, munafik dan sebagainya. Jangan terlalu mudah untuk menjatuhkan sesuatu hukuman kerana ianya akan berbalik kepada batang hidung kita sendiri," katanya

No comments:

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive