sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Saturday 20 September 2014

HADI AWANG : DAP DAN PKR JANGAN KHIANATI PAS


Hadi Awang : 'Jangan Khianat Kami'

PAS menggesa PKR dan DAP agar tidak mengkhianati tahaluf yang dijalankan sepertimana mereka tidak belot dengan kerjasama yang dibuat.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata sepanjang sejarah perjuangan PAS tidak pernah khianat kepada rakan tahalufnya.

"Sebagai menghormati tahaluf, apa jua rancangan besar mestilah diputus bersama sebelum ianya dilaksanakan.

"Sepanjang sejarah perjuangan PAS, kita tidak pernah khianat kepada rakan tahaaluf kita, maka kita minta rakan tahaaluf kita juga tidak mengkhianati tahaaluf ini.

'Sebagai sebuah parti politik besar, apa jua rancangan besar mestilah diputus bersama sebelum ianya dilaksanakan," katanya ketika menyampaikan ucapan dasar di Muktamar Tahunan PAS ke-60, di sini, hari ini.

Abdul Hadi juga mengingatkan ahli dan pemimpin PAS bahawa tahaaluf yang dilaksanakan mestilah memperkuatkan PAS bukan sebaliknya.

Katanya, kerjasama politik bukan bermakna PAS terpaksa mengikut rentak parti lain sehingga hilang prinsip dan jati diri sehingga menghilangkan dasar parti bagi pelaksanaan Islam.

"Amat malang bagi kita sekiranya tahaluf ini menyebabkan ada pihak yang cuba melemahkan kita, mengkucar-kacirkan kita, sehingga ada yang pening dan mabuk lantaran sanggup berlawanan sesama sendiri," katanya lagi.

"Matlamat kemenangan mesti digunakan bagi memperteguhkan prinsip Islam yang bersifat syumuliyyah.
"Paksi perjuangan kita mestilah teguh dan kukuh kerana ianya berpaksikan kepada aqidah tauhid," katanya.

Penegasan Abdul Hadi ini dibuat selepas beberapa keputusan yang PAS buat mendapat kritikan hebat pimpinan Pakatan Rakyat termasuk dari parti itu sendiri.

Ia juga ada hubungkait dengan krisis politik di Selangor seperti langkah PKR mengosongkan kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Kajang bagi membolehkan menteri besar baharu dilantik menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Dalam ucapannya juga Abdul Hadi sekali lagi mengingatkan bahawa desas-desus yang mengatakan PAS akan menyertai UMNO adalah fitnah semata.

RAKYAT NEWS 

No comments:

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive