sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Thursday 18 September 2014

HOT NEWS : PEMUDA PAS PERTAHAN KHALID , TAMPARAN BUAT ANWAR IBRAHIM



Pemuda Pas menunjukkan mereka bukan 'pak turut ' atau bahasa cantiknya ' toghud' dalam isu dan kemelut jawatan MB Selangor ni , semalam Pemuda Pas dalam mukhtamar tahunan pemuda pas ,mereka sebulat suara menyatakan sokongan kepada Khalid Ibrahim untuk terus menjadi Menteri Besar Selangor.

Muktamar Tahunan Pemuda PAS hari ini sebulat suara mempertahankan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor yang berintegriti serta mempunyai kredibiliti.


Perwakilan Pemuda PAS Selangor, Hanafi Zulkapli mengusul perkara itu ketika membahas ucaptama Ketua Dewan Pemuda PAS dan ia mendapat sokongan kira-kira 700 perwakilan Muktamar.


Hanafi mencabar perwakilan yang hadir supaya berdiri jika mereka bersetuju mengatakan Abdul Khalid hilang integriti sebagai seorang menteri besar namun tiada seorang pun perwakilan berbuat demikian.


"Saya rasa tiada pun perwakilan yang kata Tan Sri Khalid hilang integriti, setuju?," katanya ketika berucap.


Sebelum itu, Hanafi menyatakan rasa pelik dengan kemelut pelantikan Menteri Besar Selangor yang tiba-tiba berlaku pada saat Pakatan Pembangkang cuba membawa kebajikan di negeri itu.

Katanya, Dewan Pemuda PAS Selangor menyokong keputusan PAS Selangor, Majlis Syura Ulama dan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang tidak bersetuju Abdul Khalid digantikan dengan individu lain bagi menerajui Selangor.


Katanya, rakyat meneliti kemelut itu kerana mereka mempunyai maklumat dan akan menganalisa dengan fakta.


Hanafi turut mengucapkan terima kasih kepada empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PAS Selangor yang menyokong pentadbiran Abdul Khalid dengan kekal sebagai EXCO kerajaan negeri sehingga pelantikan baharu dibuat.


Selain itu, beliau mengecam tindakan dua wakil rakyat PAS iaitu ADUN Hulu Kelang, Saari Sungib dan ADUN Morib, Hasnul Baharuddin yang memberikan sokongan terhadap Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon Menteri Besar Selangor.


"ADUN yang kekal dalam Kabinet kerajaan Selangor adalah hero kami, berbeza dengan dua pengkhianat melanggar keputusan PAS Selangor," katanya.


RAKYAT NEWS 

No comments:

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive