sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Thursday 2 October 2014

HOT NEWS : DEWAN ULAMA PAS KAJI KEDUDUKAN TAHALUF SIYASI



Jawatankuasa Penyelidikan Dewan Ulama Pas dijangka membentangkan hasil kajian mengenai kedudukan tahaluf siyasi antara Pas dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP dalam tempoh terdekat untuk dipertimbangkan oleh Masjlis Syura Ulama parti berkenaan.

Pemangku Timbalan Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Dr. Mahfodz Mohamad berkata, kajian mengenai tahaluf siyasi itu dibuat bagi menentukan sama ada ia mengikut hukum syarak atau sebaliknya berikutan pelbagai perkembangan semasa yang berlaku dalam kerjasama politik ketiga-tiga parti berkenaan sejak-akhir-akhir ini.

Beliau berkata, Jawatankuasa Penyelidikan yang diketuai oleh Pemangku Naib Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Nik Muhammad Zawawi Saleh itu dipercayai sedang memuktamadkan kajian tersebut untuk dibawa ke peringkat seterusnya.

"Hasil kajian terlebih dahulu dibawa ke Dewan Ulama Pas untuk dibincangkan sebelum dibentangkan dalam mesyuarat Majlis Syura Ulama.

"Memandangkan kajian adalah berdasarkan hukum syarak, maka keputusan muktamad mengenai cadangan Dewan Ulama Pas itu hanya boleh ditentukan oleh Majlis Syura,'' katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Sebuah badan bukan kerajaan (NGO) dikenali Lensa Anak Muda Malaysia (Lensa) yang dianggotai anak muda hari ini dilaporkan mendesak Pas supaya keluar daripada pakatan pembangkang sekiranya parti itu gagal menangani krisis dalaman sehingga terus mencetuskan konflik sesama parti rakan lain.

Ditanya mengenai desakan NGO berkenaan, Mahfodz berkata, semua pihak boleh mengutarakan pandangan masing-masing kerana negara ini mengamalkan sistem demokrasi.

RAKYAT NEWS 

1 comment:

Anonymous said...

Tak kaji pun org dah tahu, mmg tak syar'ie pun, mmg dah jelas, konon kaji kaji tu, oleh konon kononnya "ulama", apa yg nak dicover, apa yg nak dihalalkan, ayat mana nak ditafsir, hadis mana nak dipusing, kitab mana nak dispin?

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive