sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Wednesday 12 November 2014

PANAS !! PEMIMPIN PAS TERUS BEDAL PASMA



Pemimpin Pas terus membidas Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (Pasma) yang dikatakan tidak memberi manfaat kepada ahli parti itu kerana badan bukan kerajaan (NGO) itu cenderung memperlekeh kepimpinan Pas terutama

Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Keadaan itu memperlihatkan perbezaan antara PKR yang melihat penubuhan Pasma sebagai satu usaha memperkukuh kedudukan PR di negara ini.

Pengerusi Lajnah Dakwah Pas Terengganu, Azman Shapawi Abdul Rani berkata, perbezaan pandangan berhubung penyertaan Pasma antara Pas dan PKR berlaku kerana ia tidak menguntungkan Pas, sebaliknya tidak memberi kesan kepada PKR.

“Pasma tidak kritik PKR dan tidak sentuh PKR pun sebab itulah PKR sedia beri kerjasama dan mereka pun seronok dengan Pasma kerana kalau berlaku apa-apa kepada Pas, Pasma akan bersama PKR,” katanya kepada Sinar Harian, di sini.

Beliau menjelaskan turut mendengar khabar angin mengenai pelancaran Pasma di negeri ini khususnya di Dungun.

Azman yang juga Naib Ketua Pas Kawasan Dungun berpendapat, pelancaran itu tidak sedikit pun menimbulkan kebimbangan atau sebarang kekhuatiran bahawa Pas akan tergugat.

Beliau turut sependapat pemimpin Pas lain sebelum ini memberitahu, kewujudan Pasma bukanlah satu ancaman kepada parti yang sudah berpuluh-puluh tahun bertapak di negara ini.

“Kita tidak boleh halang kerana negara kita demokrasi dan dia berdaftar dengan NGO di bawah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (Ros),” katanya.

Azman turut memberitahu beliau melihat sokongan majoriti daripada ahli Pas masih bersama parti itu dan tidak teruja untuk terlibat dengan Pasma.

“Berdasarkan pengalaman di Dungun, saya tidak nampak Pasma mendapat sokongan walaupun ada figura yang diangkat bagi mewakili Dungun.
“Apabila kita diberitahu orang itu terlibat, kita senyum sahajalah kerana dari segi perangai, akhlak, peribadi kita kenal dia dan dia bukannya ‘role model’ dalam Pas,” katanya.


SINAR

No comments:

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive