sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Monday 22 December 2014

Banjir : Biro Kebajikan Umno Malaysia Turun Bantu Kelantan @najibrazak @azeezputera



Pengerusi Biro Kebajikan Umno Malaysia, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim telah turun ke Kelantan dalam misi membantu dan memberi bantuan kepada 15,000 mangsa banjir di beberapa daerah yang terjejas. 


Tujuh buah kontena bantuan banjir yang terdiri daripada barangan keperluan harian seperti beras, tilam, selimut dan bantal untuk diagih kepada mangsa banjir.

Menurutnya, “Untuk fasa pertama, agihan akan dilakukan di pusat-pusat pemindahan seperti di Tanah Merah, Pasir Mas, Tumpat dan Rantau Panjang dengan harapan akan memberi lebih keselesaan kepada mangsa yang terdiri daripada pelbagai peringkat umur.

“Bantuan susulan akan saya bincangkan dengan Umno negeri sebelum menentukan bentuk sumbangan yang akan diberikan selepas ini,” 




Abdul Azeez berkata, pihaknya mengalu-alukan penyertaan wakil rakyat pembangkang untuk bersama-sama mengagihkan bantuan tersebut kepada semua mangsa yang berada di pusat pemindahan.

“Bantuan ini diagihkan untuk semua mangsa tanpa mengira latar belakang, dan fahaman kerana bencana tidak mengenal siapa, jadi kami tampil untuk membantu semua kerana ini merupakan sumbangan Umno untuk rakyat,” katanya.

Tanpa menyatakan jumlah keseluruhan bantuan yang diagihkan, Abdul Azeez berkata, beliau diarahkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk segera mengagihkan bantuan bagi meringankan beban mangsa.
Tahniah buat Biro Kebajikan Umno Malaysia kerana terus mmbantu rakyat tanpa mengira fahaman politik. 

No comments:

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive