sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Wednesday 24 December 2014

#KajangBanjir : Kak Wan Jijah Kena Bedal, Pi Melancong Bersama Bang Nuar



MCA membidas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kajang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (PKR) kerana menyalahkan Barisan Nasional (BN) mengenai insiden banjir kilat yang berulang lagi di kawasan beliau dengan menyifatkan tindakan tersebut sebagai taktik ketinggalan zaman.

Setiausaha MCA Selangor, Ng Chok Sin berkata, dakwaan tersebut berniat jahat untuk mengaburi mata rakyat mengenai perkara sebenar kerana Pakatan Rakyat menerajui negeri itu selama dua penggal.

"Untuk menyalahkan setiap kelemahan dalam kerajaan BN yang terdahulu adalah taktik lapuk kerana Pakatan menerajui negeri itu selama hampir tujuh tahun," katanya.

Ng turut mempertikaikan kredibiliti Dr Wan Azizah sebagai wakil rakyat dengan mendakwa beliau menggunakan kawasan itu sebagai platform untuk melonjakkan beliau ke jawatan Menteri Besar semasa kemelut politik Selangor baru-baru ini.

"Apabila rancangan beliau gagal, beliau mengabaikan pengundinya," dakwa Ng.

Beliau turut mendakwa kerajaan Selangor yang dinaungi Pakatan Rakyat tidak menyediakan peruntukan untuk sistem pengairan di Kajang dengan mengatakan tiada permohonan daripada Dr Wan Azizah kerana beliau tidak hadir semasa sesi pembentangan Bajet di negeri itu November lalu.

"Kami amat meragui kesesuaian Wan Azizah untuk menjadi wakil rakyat apabila beliau dipilih untuk menemani suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim bercuti di luar negara ketika Dewan Undangan Negeri membentangkan bajet negeri itu," katanya.

No comments:

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive