sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Saturday 10 January 2015

#PascaBanjir : Saya Terkejut Lihat Keadaan DI Manik Urai - MB Kedah



Kelantan - Kedah Tubuh Base Camp dan Bina Perumahan Sementara Untuk Bantu Mangsa Banjir Kg. Karangan

Dalam lawatan YAB MB Kedah ke Kampung Karangan, Manik Urai, beliau cukup terkejut melihat keadaan kampung yang dilanda banjir, seolah-olah berlaku tusnami kecil disana.

Keadaan rumah yang hanyut dibawa air, runtuh dan ada yang musnah sama sekali, membuatkan beliau bersedia untuk membantu penduduk di kampung berkenaan.

Dalam ucapan Dato Seri Haji Mukhriz Tun Mahathir beliau berkata,

"Kerajaan Kedah bersedia membantu penduduk Kampung Karangan, dengan menubuhkan base camp untuk membantu penduduk tempatan, membersih kawasan yang dilanda bencana banjir"



Tambah beliau lagi.

"Dengan persetujuan guru besar sekolah, kawasan lapang di SK Karangan menjadi tempat base kem Kedah Aman Makmur. Tidak hanya terhad membersihkan kawasan, SUKAM (Sukarelawan Kedah Aman Makmur) juga akan membekalkan makanan, juga perubatan pada penduduk sekitarnya"

YAB MB Kedah juga berharap Sukam nekad untuk membantu negeri Kelantan yang sedang dilanda kesusahan. Andaikata jika terjadi bencana seperti ini di Kedah (minta dijauhkan) inshaAllah kita percaya Kelantan juga akan membantu kita.

Ketika melakukan perbincangan dengan penduduk setempat. Kerajaan Kedah juga membuat keputusan akan membina penempatan sementara di hadapan masjid Kampung Karangan, ianya bakal diisi oleh penduduk tempatan yang kediamannya musnah akibat banjir.




Beliau juga berharap dengan pertolongan penduduk kampung dan kerjasama SUKAM, perumahan sementara akan lebih cepat disiapkan. Sebarang keperluan dan peralatan akan dibantu oleh Kerajaan Kedah.

Perumahan sementara itu hanya sementara, tidak kekal, sebelum menunggu bantuan yang lebih besar kemungkinan datang dari Kerajaan Persekutuan.

YAB MB, sempat bersolat Jumaat bersama penduduk kampung dan dibawa penghulu, untuk meninjau keadaan bencana yang melanda kawasan tersebut.

No comments:

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive