sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Friday 17 June 2016

Anak Sungai Besar Digesa Pulang Mengundi Esok @BudimanZohdi #scs93 #prksungaibesar




Pengundi di kawasan Parlimen Sungai Besar digesa balik mengundi pada 18 Jun ini dan memilih calon yang benar-benar mampu membela nasib mereka selain meneruskan pembangunan di kawasan berkenaan.

Anggota Majlis Tertinggi UMNO yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Ismail Sabri Yaakob membuat gesaan itu berkata anak jati Sungai Besar yang tinggal di luar kawasan diharap dapat menunaikan tanggungjawab mereka kerana setiap undi amat penting.

“Sungai Besar tidak jauh pun, jika ada mana-mana pengundi yang berada di Kuala Lumpur, atau sekitar Semenanjung, saya saran kalau boleh balik lah mengundi.

“Adalah diharapkan juga, pengundi-pengundi di Sungai Besar dapat memberikan undi kepada Barisan Nasional (BN) kerana calon yang dipilih parti amat tepat dengan keinginan setempat,” kata Datuk Sri Ismail Sabri

Datuk Sri Ismail turut turun padang membantu calon BN Budiman Mohd Zohdi untuk berkempen, menyifatkan anak jati Sungai Besar sebagai individu paling layak meneruskan legasi parti di Sungai Besar.

Malah, katanya keterampilan Budiman yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Panjang, satu daripada DUN di bawah Parlimen Sungai Besar, telah menunjukkan prestasi yang baik sejak berkhidmat tiga tahun lepas, selain disenangi semua golongan termasuk pengundi bukan Melayu.

“Beliau (Budiman) punyai ‘track record’ yang baik di kawasannya malah bila diumum namanya sebagai calon, kita boleh lihat mood menjadi berbeza kerana beliau diterima semua.

“Apa yang penting, sambutan baik perlu diterjemahkan dengan beri undi kepada BN pada 18 Jun nanti,” katanya.

Datuk Sri Ismail Sabri berkata memandangkan kehadiran Ramadan, BN mengamalkan pendekatan mengurangkan ceramah umum, sebaliknya kempen lebih tertumpu kepada perjumpaan dengan pengundi bagi menghormati bulan puasa.

No comments:

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive