sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Thursday 18 August 2016

Video Pendedahan : Najib Minta Cari Tanah Di Kedah Untuk Projek 1MDB & Syarikat Amerika


Najib minta cari tanah untuk projek usahasama dengan Obama, kata Mukhriz

Bekas Menteri Besar Kedah yang juga ADUN Ayer Hitam, Datuk Seri Mukhriz Mahathir mendakwa pada 11 April 2014, 1MDB dan Dusable, firma tenaga yang diketuai oleh Frank White Jr, penasihat kepada Presiden Amerika Syarikat telah memeterai perjanjian usahasama untuk pembangunan projek tenaga solar sebanyak 50MW di Malaysia.

Beliau berkata demikian dalam sidang media di persidangan DUN Kedah, semalam.

Jelas Mukhriz, 1MDB memiliki kepentingan sebanyak 51 peratus di dalam perjanjian usahasama tersebut manakala Dana Ekuiti Persendirian Yurus yang diuruskan Dusable memiliki 49 peratus.


Kata Mukhriz, tanah tersebut terletak di belakang Kolej Universiti Insaniah (KUIN) adalah merupakan tanah pertanian kelapa sawit.

Menurut Mukhriz lagi, pada tahun 2014, wakil 1MDB telah bertemu dengan wakil Bina Darulaman Berhad (BDB), anak syarikat Kerajaan Negeri Kedah untuk tujuan pengambilalihan tanah di Kuala Ketil untuk pembangunan projek tenaga solar tersebut dan 1MDB telah membayar RM3.5 juta sebagai deposit.


sumber : Malaysia kini

No comments:

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive